Saya Suami Awak (Episod 1)

suami-cinta-isteri

 

“Abang dapat tawaran kerja kat Korea,” beritahu Amirul kepada isterinya, Ixora.

“Wah… bestnya.”

“Tapi … “

“Tapi apa? Jangan dolak dalik lagi, bang. Peluang tu. Bukan mudah orang nak bagi.”

“Habis, sayang camana? Takkan abang nak tinggalkan sayang sesorang kat sini?”

“Ala… bukannya lama pun.”

“Sayang ikut abang jelah.”

“Takkan I nak benti keja? Hutang banyak nak bayar. PTPTN, kereta, rumah…”

“Takpa ke berjauhan? Takut sayang rindu pulak nanti.”

“I dah biasa. Setiap tahun abang kuar 40 hari… I okey ja. Dah biasa.”

“Itu 40 hari… ini bertahun. Mana sama.”

“Ala abang ni. Nanti rindu baliklah. Bukan mahal sangat pun tiket flight tu.”

“Takutla naik flight. Banyak kejadian tak diingini.”

“Erm… sukati abangla. Taknak balik, nanti I pi lawat abang eh.”

***

2 BULAN BERLALU …

“Napa awak nampak muram je, Xora?”

“Takda apa la.”

“Erm … rindu kat husband eh?”

Ixora tidak memberikan apa-apa respon terhadap soalan Zamri.

“Jom minum.” Zamri mempelawa.

“You nak belanja I ke?”

“Yela. Jom.”

“Okey.”

***

KOREA

“Dugaan betul dok jauh-jauh dengan bini ni. Ayaq naik kepala baq hang! Tengok pompuan lain rasa macam nak terkam.”

“Sabaq, Mirul. Sabaq. Aku paham.”

“Mujuqla kat sini ada karkun macam hang. Kalau tak, hanyut dah aku ni.”

“Kat mana pun kita pi, usaha ni jangan tinggai. Aku niat mai sini, selain kerja, aku nak buat dakwah. Biaq ada saham.”

“Iman hang kuat, Tariq. Aku ni iman lemah. Nak jumpa orang pun takut.”

“Lagi lemah iman, lagi banyak kita kena cakap kebesaran Allah. Jumpa orang Islam,cakap. Hang karkun 4 bulan. Takkan tak paham lagi?”

“Lama tak keluaq. Iman lemah.”

***

SUATU HARI, birthday Ixora. Sejambak bunga ros dikirimkan kepadanya. Tanpa nama. Membuatkan Ixora tertanya-tanya.

“Sapa pulak bagi bunga ni? Takkan Darling aku kot? Dia dok jauh.”

Ixora lantas mendapatkan pembantu am pejabatnya. “Akak, siapa letak bunga ni atas meja saya?

“Ish, taktaulah puan. Rasanya takda posmen atau sapa-sapa masuk ofis awal pagi ni.”

Ixora lalu menghantar WHATSAPP kepada Amirul.

“Abang…”

“Ye sayang. Hepi besday! Sori tak sempat nak wish awai-awai. Letih sangat semalam. Hadiah pun tak order lagi. Satgila abang order kat ZALORA.”

Jawapan suaminya itu sudah cukup untuk menyatakan bahawa bunga itu bukan kiriman suaminya.

“Ish … takkan aku ada secret admire kot?”

***

“PLEASE, ZAMRI. You bukan tak tahu status I. Jangan buat camni, okey? I baik dengan U sebab I percayakan U sebagai best fren I.”

“Tapi, I ada feeling kat U, Xora.”

“Okey. I appreciate your feeling on me. But, U kena respect husband I. Kalau dia tau kita camni, mati I.. mati!”

“Tapi, tak salah kan kalau I simpan perasaan ni dalam hati?”

“Ikut suka U lah. Jangan nanti frust pulak.”

***

“TARIQ, aku dah beli tiket flight nak balik Malaysia minggu depan.”

“Wah… bestla. Balik jumpa bini.”

“Haha. Balik bayaq bil. Dah tertunggak ni. Kang nanti kena potong.”

“Pala masuk ayaq dah… “

“Mana tahan baq hang. Orang bujang takpa la. Orang kawen dia lain sikit.”

“Jaga iman…”

***

“HUSBAND I NAK BALIK. So, jangan text I waktu I kat umah, okey?”

“Nanti mesti I rindu kat U.”

“Kan I dah cakap. Jangan mengharap. Nanti U frust.”

“Okeylah… sapalah I ni kan? Spare part ja.”

“Zamri! Jangan cakap camtu.”

“Okeylah…”

***

“SAYANG, abang cuti seminggu ni. Boleh tak sayang amik cuti. Kita gi honeymoon. Nak tak?”

“Emmm… susah sikit la, bang. Keja banyak kat opis. Mesti bos tak bagi cuti.”

“Ala… abang balik jauh-jauh ni. Takkan takleh consider? Keja-keja jugak. Keperluan asasi kena penuhi.”

“Okay, esok I try minta kat boss.”

***

“PLEASE ZAMRI. Husband I ajak gi honeymoon. Takkan U takleh bagi cuti?”

“U tak nampak ke, keja banyak ni? Sapa nak setelkan? Ramai client dah merungut.”

“Ramai lagi staff yang boleh buat kan? Takkan semua nak harap kat I?”

“Dorang semua takleh harap!”

“Susahlah camni! Suami I pun kena jaga. Bisnes U pun I kena jaga. Kalau I ni boleh kerat dua takpalah.”

“U jangan lupa, Xora. Hutang kereta U tu, I yang bayarkan.”

“Oh… ungkit… ungkit.. Okey takpa. Nah, ambik balik kunci kereta U. Start from today, I quit!”

“Xora! Please, jangan buat camni … “

“U boleh buat I macam ni… U ingat I ni siapa? I bukan girlfren U okey. I dah ada husband. U pun dah ada wife. U boleh suruh wife U keja ganti tempat I. I pun ada life. Please respect me. Jangan buat I tak selesa dengan U.”

“Okay, Xora… I’m sorry. I terlalu sayangkan U. I takleh tengok opis ni tanpa U. Dan, I jeles bila U utamakan laki U daripada I.”

“Dah memang laki I kan?”

“Okey, Xora. U nak cuti, U boleh cuti. Asalkan U tak quit dari sini. I masih perlukan U.”

***

“SAYANG, sebenarnya abang ada hal nak cakap.”

“Apa dia? Cakaplah.”

“Abang nak bawa sayang hidup dengan abang.”

“Maksud abang, gi Korea?”

“Aah. Abang sunyi la. Takut iman abang ni tergugat. Awek Korea lawa-lawa baq hang..”

“Amboi … .”

“Aduh. Ketam batu!”

“Abang jangan nak menggatal ek.”

“Sebab tula abang nak bawa Sayang gi sana. At least, ada la “kaunter” untuk bayar bil.”

“Ala … bayar “online” kan boleh?”

“Takbest online. Nak yang cash and carry.”

“Ngada-ngada la abang ni. Keta I sapa nak bayar?”

“Sayang juallah keta tu.”

“Rumah?”

“Rumah pun boleh jual. Tak pun buat sewa.”

“Susahla, Bang. I ada kontrak dengan syarikat dua tahun lagi. Kalau I benti, I kena bayar.”

“Berapa banyak kena bayar?”

“Banyaklah jugak. I banyak pinjam duit Zamri.”

“Zamri?”

“Boss I”

“Dah berapa banyak Sayang pinjam?”

“Banyaklah jugak.”

“Cakaplah, berapa?”

“Abang nak bayarkan ke?”

“Abang akan buat apa sahaja asalkan Sayang dapat duduk dengan abang.”

***

“ABANG, I minta maaf sebab belum sedia untuk ikut Abang ke Korea. Tapi, I janji, I akan cuba sedaya upaya untuk setelkan hutang I kat Zamri.”

“Abang pun minta maaf sebab tak mampu nak setelkan semua sekaligus. Abang pun baru dua bulan dapat keja. Tapi, Abang janji, Abang akan kumpul duit untuk bantu Sayang.”

“Abang… “

“Ye Sayang.”

“I love U.”

“Love U too.”

***

“AMBOI orang tu. Gi honeymoon sampai tak ingat kita. Mesej pun tak reply.”

“I dengan husband I. Bahaya kalau I text U.”

“Whatever!”

“Zamri!”

“Ni fail yang U kena setelkan segera. U je yang boleh handle fail-fail ni. Cepat buat. I nak esok siap.”

“Esok? Aduh. Tak tidur la I malam ni.”

“U boleh stay kat opis. I temankan U.”

“Wife U?”

“Dia outstation.”

***

“U nak makan apa? I nak kuar beli makanan jap,” soal Zamri.

“Erm… takpela kot… I tak lapar lagi.”

“Takde. U kena makan gak. Nanti U pitam.”

“Okeylah. Benjo.”

“Benjo je?”

“I diet.”

***

“ZAMRI, U buat apa ni? I nak baliklah!”

“U dah sombong dengan I, Xora. Dulu U tak macam ni.”

“I tak pernah ada feeling kat U, Zamri. U jangan nak lebih-lebih.”

Ixora lantas mencapai tas tangannya dan cepat-cepat keluar. Menyampah dia dengan Zamri.

Dia berlari menuruni tangga lalu ke parkir. Enjin kereta dihidupkan. Zamri mengejarnya dan cuba mengetuk cermin keretanya.

“Xora, buka. Please listen to me.”

Ixora tidak mempedulikan Zamri lantas menekan pedal dan bergerak keluar dari wisma tersebut.

Fikirannya kusut. Akalnya melayang. Kelajuan ditambah, malam dibelah. Tiba-tiba….

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge