ROUTE TO IPB: JIKA KITA SUSAH, ADA YANG LEBIH SUSAH

“LIHATLAH KEHIDUPAN MEREKA YANG SUSAH, BARULAH KITA TAHU HIDUP KITA LEBIH INDAH.”

 

Oleh: Nurul Izzati

 

Ada macam-macam perasa yang saya lalui ketika membaca buku ini.. Ada bab yang membuatkan saya senyum, ada bab yang membuatkan saya ketawa, ada bab yang membuatkan saya sedih sehingga tak dapat membendung air mata ini untuk menitis..

Pada awalnya, saya bukanlah oder buku ini dari penulis, tapi saya order buku yang bertajuk Mujaddid Dari India.. Namun, dengan kehendak Allah, penulis telah tersilap lalu menghantar buku ini kepada saya..

Namun saya tak kisah, dan saya telah menghabiskan bacaan buku ini dalam masa sehari je.. Saya yakin, tentu ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan kepada saya dalam buku ini.. Alhamdulillah, kesedaran yang paling utama yang saya dapat dari buku ini ialah, barulah saya sedar, sebenarnya selama ini saya tidak pernah pun rasa hidup susah..

Dalam buku ini penulis ada menceritakan pengalaman beliau ketika khuruj selama 4 bulan di IPB.. IPB tu apa? IPB tu ialah India, Pakistan dan Bangladesh.. Inilah point penulis dalam buku ini untuk pembaca fahami..

Walaupun saya rasa, terlalu sikit sangat pengalaman yang diceritakan oleh penulis, namun kesannya sangat mendalam di hati ini.. Sebab, sudah lebih 30 tahun ayah saya membuat usaha Dakwah dan Tabligh ini, tapi selama ayah tinggalkan keluarga untuk buat dakwah di negara-negara luar dan kebanyakannya ialah Asia Tenggara, selama itulah saya tak pernah pun rasa susah ketika ketiadaan ayah di rumah, tak kiralah selama 40 hari, 2 bulan, mahupun 4 bulan..

Orang selalu kata, ketika suami khuruj ni adalah mujahadah juga untuk anak-anak dan isteri.. Tapi, mujahadah apa yang saya nak ceritakan saya pun tak tahu, sebab saya tak pernah rasa pun mujahadah..

Paling mujahadah yang saya rasa ketika ayah khuruj pun, iaitu ketika saya masih bersekolah rendah dan juga sekolah menengah, kami terpaksa berjalan kaki selama 1 kilometer untuk pergi ke sekolah kerana ketika ayah ada, ayahlah yang akan menghantar dan mengambil kami di sekolah.. Jauh sangat nak dibandingkan kesusahan-kesusahan yang dihadapi oleh penulis yang diceritakan dalam buku tersebut.. Semuanya mengajar saya tentang erti bersyukur..

Insaf sangat-sangat! Sebab tu ayah selalu kata kat saya, “orang-orang yang merungut pasal kesempitan ekonomi kat negara Malaysia ni, dan tak habis-habis kritik pemerintah, elok hantar je diorang ni pergi ke IPB..

Baru diorang akan rasa bersyukur dan betapa nikmatnya hidup di Malaysia ni”, (bukan nak cerita bab politik mahupun suruh sokong BN, tapi nak suruh sedar, jangan terlalu asyik membandingkan negara Malaysia ni dengan negara-negara maju yang lain, sehingga kita terlupa nak bandingkan negara Malaysia yang tercinta ini dengan negara-negara yang masih dalam kategori miskin dan tidak maju, dan juga nak suruh sedar betapa diri ini terlalu banyaknya mengingkari nikmat-nikmat Allah)..

Ketika membaca buku ini juga, saya teringat pengalaman yang diceritakan oleh ibu saudara saya ketika beliau keluar Masturat di Bangladesh.. Rumah seorang Doktor di sana pun masih lagi memasak menggunakan kayu api.. Bukan dapur gas macam kita ni.. Itu rumah Doktor! Kalau rumah orang awam biasa yang kerjanya biasa-biasa je macam mana pulak? Adakah penduduk di Malaysia ni yang bekerja sebagai Doktor, masih memasak menggunakan kayu api?

 

Gambar 18 - Penarik Beca di Bangladesh

 

Banyak lagi pengajaran yang saya dapat ketika membaca buku ini.. Kalau nak tahu apa ceritanya, bolehlah order buku ini dari Tuan Khairy Tajudin Novelis sebab beliaulah penulis buku ini.. Lepas ni tak sabar nak baca buku Mujaddid Dari India pulak..

 

InsyaAllah.. Siapa nak boleh Whatsapp 019-4702839

 

routetoIPB_front

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge