Novelog: Cinta Enta Enti (episod akhir)

“Tak sangka ya. Boleh jumpa awak lagi.Ingatkan sudah tak jumpa dah,” kata Ixora.

Jawab Amirul, “Hehe. Saya pun tak sangka yang ‘Mawar Berduri’ tu rupa-rupanya awak.”

Maka, bermulalah episod baharu dalam drama kehidupan ini. Peluang yang muncul kali ini tak mungkin akan dilepaskannya. Amirul tak rela terluka pada tempat yang sama. Begitu juga dengan Ixora. Amirul semakin berani dalam mengungkapkan kata-kata.Sesuai dengan umurnya yang semakin dewasa.

Maka, satu kiriman SMS dihantar, “Awak, sebenarnya, saya ada hajat.”

“Apa dia?”

“Hati saya telah lama kosong. Kalau biar lama-lama, nanti masuk angin pula.”

“Kalau begitu, cepat-cepatlah isi.”

“Jadi, awak setuju untuk kita ikat kembali tali yang sudah putus?”

“Insya-Allah. Tapi, biarlah dengan cara yang betul. Jumpalah keluarga saya dulu.”

“Yes!” Gembiranya bukan kepalang.Bulan dicita jatuh ke ribaan.

Maka, majlis risik-merisik pun diatur.Maka, kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk mengikat tali pertunangan.Satu masalah sudah selesai.Tapi, pertunangan bukan tiket untuk berlebih-lebih dalam hubungan. Tarafnya sama sahaja, tetap bukan mahram yang ada batasannya.

“Awak, saya nak minta satu perkara boleh?” kata Ixora.

“Ye.Apa dia?”

“Boleh tak, sepanjang kita bertunang ni, kita jangan berjumpa. Satu takutlah kalau terjadi apa-apa.Iman saya ni bukannya kuat sangat.”

“Saya pun rasa macam tu jugak.Kalau boleh, kita kurangkan juga berbual di telefon dan SMS.Kita cakap yang penting-penting saja.”

Begitulah pada mulanya mereka merancang untuk menjaga hubungan agar tidak melanggar sempadan syariat.Namun, insan berkasih sentiasa diuji.Kadang-kadang cemburu menerpa.Kadang-kadang rindu menyapa.

“Awak, awak rindu saya tak?”

“Rindulah…”

Maka, sempadan yang dihadkan telah dibolosi.Undang-undang yang dicipta, sendiri yang melanggarnya.Dengar orang yang bijaksana, jangan bertunang lama-lama.

“Awak, bila kita nak kahwin ni?”

“Kalau boleh, sekarang juga saya nak kahwin, tapi, saya belum cukup duit lagi. Tulah, siapa suruh ayah awak letak harga mahal sangat. Mana sempat saya nak cekau RM 12 000 tu.”

“Awak ni … salahkan ayah saya pula. Awak juga yang setuju kan? Takpelah, kalau awak tak nak kahwin dengan saya, saya kahwin dengan orang lain.”

“Ala … tu pun nak merajuk ke?Apa kata kita berbincang mengenai masalah ni. Duit simpanan saya dah ada RM 6000.Kalau awak sudi ‘topup’ lagi RM 6000, cukuplah.”

“Okey … tapi awak janji, nanti bayar balik tau.”

“Yelah.Nanti saya bayarlah.Asalkan kita kahwin je.Selamatkan iman dulu.”

Idea yang ‘bernas’ itu diterima.Setelah lengkap semuanya, kedua-dua keluarga pun berbincang untuk mempercepatkan tarikh perkahwinan iaitu 4 bulan 10 hari dari sekarang.

Pada suatu malam, Amirul bermimpi didatangi seseorang lelaki berjubah hitam dan menutup muka dengan kain hitam. “Wahai Amirul! Sudah lama kamu tak khuruj.Adakah kamu fikir tunang yang kamu sayang tu boleh membahagiakan kamu? Yakin kamu salah! Sebenarnya, segala kebahagiaan adalah datang dari Allah. Allah akan beri kepada sesiapa yang Allah suka. Jika kamu tidak mahu menyesal, lebih baik kamu pergi ber‘uzlah secepat mungkin! Sucinya hatimu yang kotor itu!”

Tatkala terjaga dari tidurnya, Amirul beristighfar panjang. Dipandangnya bedding, beg dan kain baju di dalam almari yang terbuka. “Ya Allah! Ampunkan aku! Aku sangat kotor. Tunjukkan aku jalan yang lurus untuk aku sucikan hatiku ini.”

Dengan penuh semangat, Amirul menghantar SMS kepada tunangnya, “Awak, kita terpaksa berjauhan selama 4 bulan.Saya nak keluar ke ber‘uzlah. Saya mahu tunaikan hak Allah dan hak makhluk. Selepas saya balik nanti, saya janji akan tunaikan hak awak. Awak jangan risau, kalau jodoh tak ke mana.”

“Baru seminggu kita bertunang, awak hendak tinggalkan saya? Huhu… sampai hati.”

“Bukan tinggal selamanya tapi untuk seketika bagi menyiapkan diri mengemudi bahtera.”

“Jika itu yang awak inginkan, saya tak boleh halang.Semoga Allah memelihara perjalanan abang.”

Hari berganti hari.Jiwa semakin diuji. Ixora di M’sia, hatinya sedang dicuri oleh lelaki lain yang cuba melukut di tepian gantang. Cuba merapatinya atas alasan kawan yang menghiburkan kawan yang kesunyian. Ceh! Taktik kotor!

“Bukankah saya sudah katakan dulu, awak akan menyesal kahwin dengan orang seperti Amirul. Mereka tu tolak dunia. Ada tunang pun sanggup ditinggalkan. Awak patut menyesal kerana menolak lamaran saya dulu,” kata Khidhir, anak seorang hartawan terkenal tanah air.

“Awak tidak patut cakap camtu.Sudah jodoh saya dengan dia.”

“Eleh … setakat bertunang, apalah sangat.Orang berkahwin pun boleh bercerai.”

“Sudah. Stop! Saya tak suka! Benci! Benci! Benci!”

Pada suatu hari, terdengarlah satu berita di kaca TV. “SATU JEMAAH DARI MALAYSIA TELAH TERKORBAN APABILA BAS YANG DINAIKI TELAH DILETUPKAN OLEH PUAK PENGGANAS DI SEMPADAN KASHMIR.”

KASHMIR! Berdegup kencang jantung Ixora. Terkumat-kamit mulutnya membaca doa. “Ya Allah! Peliharalah Amirul. Jika dia jodohku, bawalah dia pulang ke sini dengan selamat.”

“Amirul sudah mati, Ixora! Tak guna awak tunggu dia.” Satu SMS dihantar oleh Khidhir.

“Tak mungkin! Tak mungkin! Dia sudah berjanji untuk kahwin dengan saya.Saya yakin, dia akan pulang.”

Hari berganti hari. 4 bulan 10 hari berlalu pergi. Sepatutnya, hari ini, Amirul ada di sisinya untuk majlis ijab dan kabul tapi sehingga kini, tiada khabar berita.

“Ixora. Buat apa awak tunggu orang yang telah mati? Tak ada gunanya. Lebih baik awak terima sahaja lamaran saya.Kan senang!”Khidhir masih memburunya.

“Mati hidup semula, saya takkan kahwin dengan awak, Khidhir.”

Setiap ketika, Ixora akan membaca kitab Muntakhab Ahadith yang pernah dihadiahkan Amirul sempena majlis pertunangan mereka dulu. Menitis air matanya. Sebak dalam dadanya, hanya Allah yang tahu.Tunang yang disayang tidak pulang-pulang, adakah hilang atau disambar jembalang.Keluarga Amirul juga tidak menerima apa-apa khabar mengenainya.Semua insan yang menyayanginya turut berdukacita.

“Ayah, Ixora hendak keluar sekejap.Jalan-jalan dengan kawan.” Ixora cuba meredakan ketegangan yang dihadapinya dengan keluar dengan Zaleha (naqibah yang bertanggungjawab ke atasnya ketika di universiti dulu. Zaleha cuba mententeramkan hati Ixora.

“Akak faham perasaan Ixora.Tapi, Ixora kena terima hakikat bahawa Amirul sudah tiada di dunia ini lagi.Allah lebih sayangkan dia.”

“Kalau mati, di mana kuburnya, akak?”

“Mati tidak syarat berkubur.”

Ixora menangis lagi. Zaleha cuba memujuk. “Let’s bygone be bygone. Masih ada yang sudi memperisterikan awak.”

“Kalau si Khidhir tu, mati hidup semula pun tak sanggup, akak.”

“Bukan dia. Ada seorang lagi lelaki yang akak rasa lebih baik daripada Amirul. Namanya Tuan Muda Aleng. Orangnya baik dan warak.”

“Dia ustaz juga ke?”

“Ustaz atau tidak, dia mampu menjadi suami yang baik. Awak masih tak serik-serik lagi, Ixora? Masih bertahan walaupun Amirul telah tinggalkan awak tanpa berita? Jika dia sayangkan awak, dia takkan buat awak camni, Ixora.”

“Jadi, akak nak saya lupakan Amirul?”

“Ya. Itulah cara yang terbaik untuk lenyapkan air mata awak. Dah semakin cengkung muka awak. Sudahlah Ixora. Terimalah nasihat akak ni. Demi masa depan awak yang cemerlang, gemilang dan terbilang.”

Setelah dipujuk dan ditaskil sedemikian rupa, akhirnya Ixora mengalah. Pihaknya terpaksa menghantar semula cincin pertunangan menandakan bahawa tiada lagi ikatan. Maka, pada hari yang ditetapkan, Ixora dan Tuan Muda Aleng bakal dinikahkan.

“Sebelum saya menjadi suami awak, bolehkan kiranya saya bertanya satu soalan?”

“Ya, silakan.”

“Adakah awak ikhlas untuk berkahwin dengan saya?”

“Ikhlas adalah rahsia Allah.Tiada siapa pun tahu.”

“Jika begitu, saya anggap awak rela.”

Boring telah siap diisi.Inai telah merah di jari. Tok Imam dan wali sabar menanti. Saat bertautnya dua hati.

Tiba-tiba, terdengar bunyi yang agak luar biasa tapi sangat jelas di telinga.

PRUUUUUUTTTTT !

Ixora memandang dan mencari-cari dari manakah datangnya bunyi itu. Dia sangat peka dengan bunyi seperti itu.Keharuman bau yang terhasil juga sangat-sangat dikenalinya.

“AMIRUL!” jeritnya.Dia lantas bangun dan terus menerpa Amirul yang berdiri di pintu dalam masjid. Amirul berjubah dan berserban, menampakkan imej tariqatnya yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.

“Amirul, awak pergi ke mana?”

“Maaf sayang. Saya terlibat dalam kemalangan tetapi Allah telah selamatkan saya. Tiket kapal terbang saya terbakar.Saya tidak boleh pulang awal dan terpaksa bekerja mencari duit untuk membeli tiket yang baharu. Sebab itulah saya lambat. Saya minta maaf kerana membuatkan awak menunggu. Saya sangat rindukan kamu.”

Setiap hadirin terpinga-pinga. Adakah ini mayat yang hidup semula? Apa-apapun, kalau jodoh tak ke mana-mana. Tuan Muda Aleng dengan penuh sifat IKRAM yang tinggi, menyerahkan Ixora kepada Amirul. Akhirnya, mereka dinikahkan di situ juga.

Ucapan pertama Amirul kepada isterinya pada malam pertama, “Ayang, esok kita kemas beg, bulan madu 10 hari.”

“Okey, boleh.Tapi dengan satu syarat.”

“Sepuluh syarat pun abang terima.”

“Janji, jangan kentut-kentut lagi.”

“Hehe.Okey!”

Jangan lupa dapatkan novel terbaharu saya:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

3 Responses

1. haniekunie says:

janji jgn kentut2 lagi tu maknanya cinta dia seorang jela kan? :p

2. ank_ayah says:

Nk tanya je,knp psl kentut eh? Mcm kurang sopan gtu. Btw mcm ada tergantung,siapa gerangan gadis berpurdah tu?

3. Alasan saya:

Ini adalah karya eksperimen… menggunakan bahasa sindiran.

'Cinta ibarat kentut' – menjadi paksi kepada cerita ini. Maaf jika ada yang sensitif.

Memang saya menantikan kritikan dan cadangan… Sengaja biarkan ia tergantung supaya boleh digarap lagi menjadi manuskrip NOVEL yang lebih tebal.

Apa-apa pun, terima kasih atas komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge