Novelog: Cinta Enta Enti (Episod 2)

Amirul telah ‘break’ dgn Ixora sehinggalah habis final semester. Masing-masing membawa diri. Ketika itu, Amirul mula mencari keperluan untuk berkahwin. Tanpa diduga, Haji Rasyd meng’ofer’ kerja sebagai pembantunya di pejabat. Pd mulanya, Amirul agak keberatan utk menerimanya kerana dia mahukan kerja yang lebih bergaji besar. Namun, pada suatu hari, dia ternampak seorang gadis berpurdah di rumah Haji Rasyd. Dengan secepat kilat, dia menukar keputusannya.”Oklah haji. Esok saya mula bekerja.”

Maka, Amirul pun bekerja dengan penuh ikhlas dan istikhlas dengan majikannya. Pada suatu hari, ofis tersebut didatangi oleh seorang lelaki yang memakai shawl hitam, berserban hitam dan berkaca mata. Amirul bertanya rakan sekerjanya, Hidayatullah, “Siapa mamat tu?”

“Itulah ustaz Ibnu Batoota. Dia baru pulang dari Afrika.”

“Apa kena mengena dia dengan Haji Rasyd?”

“Kau tak tahu lagi? Hahaha! Apalah kau ni. Tak baca dia punya updated status langsung…”

Amirul dalam kebingungan. Kemudian, dia ternampak Haji Rasyd bersalaman dan berpelukan dengan ustaz muda itu dengan penuh kasih saying. Amirul cemburu. Selama bekerja dengan Haji Rasyd, tak pernah Haji Rasyd berbuat begitu terhadapnya. Maka, timbullah dalam benaknya, ‘Aku rasa, mungkin ustaz ni calon menantunya. Argggg..melepaslah aku kali ni nak beristerikan gadis berpurdah.’

Setelah lama berbual, ustaz itu pun beredar dari situ. Dia melintasi Amirul yang sedang membungkus surat untuk dihantar. Ustaz tersenyum. Amirul mempamerkan wajahnya yang ketat. Namun, ustaz itu tetap meneruskan senyuman dan berjabat tangan dengannya dan bertanya, “Tuan kerja kat sini ke?”

“Yelah. Kejalah. Takkan datang sini buat amal jariah pulak? Semua orang kena kerja. Sesiapa yang tak kerja, camne nak dapat duit?” jawab Amirul panjang lebar.

“Salah tu tuan. Kita tak boleh cakap camtu. Kerja atau tak, Allah yang bagi rezeki. Allah boleh bagi rezeki kepada setiap orang sama ada melalui kerja atau cara lain,” kata ustaz Ibnu Batoota sambil tersenyum.

“Habis tu, ustaz nak saya balik tidur dan tunggu rezeki datang depan pintu? Come on-lah!”

“Bukan begitu maksud saya. Kerja tetap kerja tapi yakin wajib hanya pada Allah, tuan. Takpelah, kalau tuan nak faham, tuan keluar 4 bulan, 40 hari, 3 hari.” Ustaz Ibnu Batoota terus mentaskil Amirul.

“Saya dah keluarlah, ustaz. Sudah enam tahun masuk dan keluar POLITEKNIK dan Universiti pergi. Tapi, balik mai kena kerja jugak. Mana ada balik mai tidur Allah bagi rezeki. Semua orang kena kerja.”

Ustaz Ibnu Batoota tidak mahu berbahas lagi. “Maaflah tuan, saya balik dulu ya. Saya pun ada kerja nak buat ni. Sedang nusrah Jemaah Arab di masjid berdekatan. Jemputlah datang malam ni. Ada bayan.”

“Tengoklah dulu.” (Amirul terlupa cakap insya-Allah)

Setelah ustaz itu terlepas dari pandangan, Hidayatullah menegur Amirul, “Kenapa kau kasar sangat dengan ustaz tu tadi? Tak baik buat macam tu. Sepatutnya ulama macam tu, kita kena ikram. Bukan berbahas.”

Amirul tidak menjawab. Hatinya timbul sedikit kekesalan kerana berdebat dengan ustaz itu tadi. Setelah difikirkan, barulah dia sedar bahawa itu semua hasutan syaitan berpunca dari prasangka dan cemburunya bahawa ustaz itu adalah calon menantu Haji Rasyd. Dia beristighfar lagi.

Pada ketika itu juga, anak Haji Rasyd masuk ke dalam ofis dan bertanya, “Err … Amirul. Ayah saya ada kat dalam tak?” soal anak Haji Rasyd yang sehingga kini belum diketahui namanya oleh Amirul. Amirul malu bertanya kerana dia terkesan dengan ‘fatwa’ bahawa nama adalah aurat. (Nama bukan aurat mengikut pendapat jumhur ulama’)

“Err…tadi dia keluar. Ada apa yang boleh saya bantu?”

“Erm..tak apalah. Nanti saya call dia. Thanks.”

Amirul mengamat-amati betul-betul wajah yang berselindung di sebalik purdah itu. Adakah dia adalah gadis yang pernah terserempak dengannya dalam lif pada tempoh hari? Arghh… Susah betul hendak mengecamnya.

***

Amirul mahu melupakan sebentar mengenai misinya memburu gadis berpurdah. Dia sedar niatnya itu salah. Dia sebenarnya tak ikhlas untuk bekerja dengan Haji Rasyd. Dia bukan bekerja tetapi mahu merapati anak Haji Rasyd. “Ya Allah! Ampunkanlah aku. Aku ni jahil. Aku nakkan isteri yang solehah. Kau tunjukkanlah aku siapa jodohku agar aku tidak tergesa-gesa.”

Pada malam itu, Amirul keluar berseorangan ke kota raya yang penuh ranjau. Muda-mudi berpelesiran sana sini dan tidak malu berkelakuan sumbang. “Hidayat ya Allah. Hidayat.”

Ketika dia masih di atas motosikal 125-Znya, dia terpandang sekujur tubuh yang agak dia kenali. Wanita berjubah abaya sedang berjalan berdua-duaan dengan ibunya di depan kompleks ‘beli-beli belah.’ Muncul dalam fikirannya, ‘ Adakah itu Ixora?’

Antara segan dan berani, Amirul seakan-akan mahu menegurnya. Tapi, untuk apa? Lantas, dia membelek nombor fon dalam handphone-nya. Dicari-cari nama Ixora. Ternyata nama itu masih terpahat dalam buku telefonnya. Tapi, masihkah Ixora masih terpahat dalam hatinya? Jari jemarinya lantas membuat satu panggilan ke nombor tersebut. “Maaf, nombor yang anda dail telah ditamatkan perkhidmatannya.” Arghh! Tidak! Ixora sudah tukar nombor baharu. Amirul menjadi tidak keruan. Lantas, dia meneruskan perjalanannya di atas motosikal tersebut. Tidak tahu ke mana hendak dituju. Ke hilir atau ke hulu.

Tiba-tiba, Amirul terkentot di atas motosikalnya. Bunyinya sangat kuat. Aromanya tersebar luas sehingga masuk ke rongga hidung Ixora. “Eh…macam kenal je bau kentot ni…” Kemudian, dia tercari-cari tuan punya kentot itu.Amirul terperasan bahawa bau kentotnya itu dapat dihidu oleh Ixora. Lantas, dengan wajah yang merah padam, dia menutup visor helmet-nya dan bergegas dari situ dengan kelajuan 120 km/j.

Amirul tidak segera pulang ke rumah sewanya tetapi membelok ke Cyber Cafe. Di situ, dia melayari Facebook dan menggunakan nama samaran, ‘Love Seeker’. Dia cuba mencari-cari kawan baru yang terdiri daripada gadis-gadis yang agak bersopan. Lebih 50 orang di-request-kan friend. Sehinggalah Facebook menghantar mesej amaran kepadanya, “Anda didapati menambah kawan dari orang yang tidak dikenali. Anda disyaki melakukan spam dan akaun anda akan ditahan selama 7 hari.”

Pada keesokan hari, Amirul pergi lagi ke Cyber Cafe dan membuka akaun Facebook. Didapati, ramai juga gadis yang telah meng-approve request-nya. Dia pun mula menghantar private message ke setiap inbox dengan ayat yang sama, copy and paste. “Terima kasih kerana sudi approve saya. Sebenarnya saya sedang mencari seseorang yang sudi menjadi teman saya dalam perjuangan. Sudikan kita berkenalan?”

Dalam banyak-banyak mesej yang dihantar, cuma seorang sahaja yang membalas. Pembalas itu menggunakan nama samaran, ‘Mawar Berduri’.

Mawar Berduri: Haha…kelakarlah ayat awak tu.

Love Seeker: Hehe… kelakar ke?

Mawar Berduri: A’ah. Belum pernah ada orang tulis mesej begitu.

Love Seeker: Saya pun pertama kali tulis. Hehe.

Mawar Berduri: Boleh tahu, awak ni berjuang dengan geng mana?

Love Seeker: Err … saya lone ranger sekarang ni.

Mawar Berduri: Oh …

Mereka berdua pun terus chat di Facebook sehinggalah akhirnya masing-masing bertukar nombor telefon. Dan, mereka pun berkenalan dengan lebih lanjut.

***

Pada suatu hari, datanglah satu jemaah ke surau di taman perumahan tempat Amirul menginap. Setelah bermesyuarat, akhirnya mereka semua pun bertebaran ke seluruk taman itu. Dua orang daripada mereka diputuskan untuk berjumpa dengan Amirul. Ketika itu, Amirul tiada di rumah kerana dia masih belum pulang dari pejabat. Pada malam itu, barulah Amirul berkesempatan bersama-sama jemaah dalam program bayan.

“Tuan-tuan yang mulia. Allah telah letakkan kejayaan ikan-ikan ialah bila mana mereka dapat hidup di laut. Apabila mereka cuba keluar dari laut, maka mereka akan mati. Begitu juga dengan cacing yang keselamatan mereka telah ditetapkan di dalam tanah. Jika mereka keluar dari tanah, mereka akan kepanasan. Sama juga dengan manusia yang telah Allah letakkan kejayaannya dalam agama. Jika manusia cuba keluar dari agama, manusia akan sengsara.” Sungguh petah pembayan pada malam itu menyusun kata.

Amirul kusyuk mendengar bayan. Amirul hampir menangis mengenangkan dirinya yang semakin teruk.

Pembayan meneruskan bicaranya lagi. “Tuan-tuan, jika kita tunaikan hak Allah, pasti Allah akan tunaikan semua keinginan kita. Hari ini, kita mahukan sesuatu, tapi kita lupa untuk memohonnya daripada Allah. Kita buat ikut akal kita sendiri. Akhirnya, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.”

“Patutlah Allah tidak temukan aku dengan perempuan yang aku nak. Rupa-rupanya aku tak tunaikan hak Allah. Ya Allah. Ampunkanlah aku,” bisik hati Amirul.

“Atas maksud itu, marilah kita semua bagi azam untuk keluar di jalan Allah. Insya-Allah 4 bulan, 40 hari, siapa sedia?”

Amirul masih keberatan untuk mengangkat tangan dan memberi nama. Dunia masih terbayang-bayang di depan matanya. Dia masih tidak faham mengapa mereka mengajaknya keluar di jalan Allah.

***

Pulang dari surau, Amirul membaca SMS di handphone-nya. Ada mesej daripada Mawar Berduri, “Hai awak, buat apa tu?”

Amirul: Baru balik dari majlis tazkirah kat masjid.

Mawar: Oh..baguslah. Boleh awak bagi tazkirah balik kat saya?

Amirul: Hehe. Maaf ya. Saya bimbang iman saya ni rosak nanti.

Mawar: Kenapa pula?

Amirul: Err… panjang ceritanya. Kita SMS dahlah ye.

Mawar: Okey, saya faham. Sebenarnya, saya nak jemput awak ke rumah saya hujung minggu ni. Ada kenduri.

Amirul: Oh yeke? Insya-Allah. Bagi alamat rumah.

Mawar: Ni alamatnya … (terpaksa dirahsiakan oleh penulis)

***

Pada hari itu, Amirul bersiap-siap dengan begitu segak sekali. Inilah kali pertama dia akan bertemu mata dengan ‘Mawar Berduri’. Teman mayanya di Facebook. Dalam hatinya berdoa, “Ya Allah, jika dia jodohku, permudahkanlah.”

Sampai di rumah yang dimaksudkan, orang ramai sedang makan. Tanpa diduga, kelibat Ixora juga turut berada di rumah itu. “Eh, apa dia buat kat sini? Habislah aku kalau dia bocorkan rahsia hubungan aku dengan dia pada Mawar. Arghh. Apa aku nak buat ni?”

Ixora juga terpaku seketika menatap wajah Amirul yang tercegat di depan pagar. Jantungnya berdegup kencang. Mungkinkah cinta lama berbunga kembali?

Amirul kemudian disapa oleh tuan rumah, seorang pak cik berbaju Melayu dan bersamping segak bergaya. Ada janggut di dagunya. “Eh, mengapa tunggu di situ? Marilah masuk.”

Dengan malu-malu, Amirul melangkah masuk sambil hujung matanya memandang Ixora. Ixora juga begitu. “Adakah itu Amirul? Jika dia Amirul, apa dia buat kat sini?” bisik hati kecilnya. Masing-masing tertanya-tanya tanpa ada jawapannya.

“Err … pakcik, sebenarnya, saya datang ni sebab ada kawan saya yang jemput. Mungkin anak pakcik agaknya.”

“Siapa nama kawan anak tu?”

“Err … nama dia kat Facebook, ‘Mawar Berduri’. Nama betul, taktaulah pulak. Tapi, inilah alamat rumah yang diberikannya tu.”

“Heheh. Pak cik ni manalah tahu Facebook-facebook ni. Takpalah. Masuklah makan dulu.”

Dengan segan-segan, Amirul pun melangkah masuk. Tidak lama kemudian, muncullah kelibat Ustaz Ibnu Batoota dari dalam rumah tersebut. “Eh, ustaz ni pun ada kat sini juga?”

Diamat-amati pakaian yang dipakai oleh ustaz Ibnu Batoota itu, persisnya seperti orang yang diraikan. Adakah ini majlis pertunangannya? Peliknya, tapi, mengapa perlu dibuat di rumah pihak lelaki. Selalu orang buat di rumah pihak perempuan. “Mencarik adat,” fikir Amirul.

Dengan muka yang tebal dan masih ‘cover’ macho, Amirul mencedok nasi. Ixora pula cuba untuk datang dekat Amirul bagi mengesahkan bahawa lelaki itu adalah Amirul. Tiba-tiba, Amirul terkentut.

“Memang sah. Ini adalah Amirul! Masih aku cam bau ini!”

________________________
Bersambung … (sabar ye…)

Nak iklan sket. Jgn terlepas untuk mendapatkan novel terbaru saya ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

3 Responses

  1. haniekunie says:

    nak tegur sikit je.. "common lah" kat atas tu patut nya "come on lah" kan?

  2. okay..terima kasih…tak perasan plak..udah diperbaiki

  3. <i><b> ibnu batoota ? </b></i>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge