Lari Daripada Malaikat Maut

Pada suatu ketika di zaman Nabi Sulaiman a.s, ketika itu Nabi Sulaiman telah mengadakan satu kenduri besar. Maka, dalam majlis kenduri itu, hadirlah seorang lelaki yang tidak makan. Dia hanya memandang seorang tetamu yang lain sedang makan.

Maka, timbullah rasa sangsi di hati lelaki itu, melihat perlakuan lelaki yang sedang merenung tajam kepadanya. Lalu, ditanyakan kepada Nabi Sulaiman a.s,”Siapakah lelaki yang merenung saya itu? Mengapa dia asyik merenung saya saja?

Nabi Sulaiman a.s. memberitahu bahawa lelaki itu adalah Malaikat Maut dan kedatangannya adalah untuk mencabut nyawa lelaki yang sedang makan itu. Mendengarkan hal tersebut, lelaki itu terus hilang selera makannya. Lalu dia meminta kepada Nabi Sulaiman untuk menyembunyikannya ke sebuah pulau yang sukar untuk dikesan oleh sesiapapun. Lelaki itu mahu lari daripada malaikat maut!

Maka, Nabi Sulaiman a.s. dengan mukjizat yang ada padanya telah memerintahkan angin untuk meniupkan lelaki itu ke sebuah pulau. Maka, terdamparlah lelaki tersebut di sebuah pulau terpencil. Alangkah terkejutnya dia tatkala mendapati Malaikat Maut tadi telah sedia menunggu kedatangannya.

“Eh, di sini pun kau sampai?” soal lelaki itu.

“Sebenarnya, Allah memerintahkan aku untuk mencabut nyawa kau di sini. Sebab itulah aku hairan melihat kau berada di sana tadi!”

Renung-renungkanlah pengajarannya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

3 Responses

  1. Anonymous says:

    Salam, tumpang tanya Tuan, adakah kisah ini diriwayatkan di dalam al-Quran..or adakah dari sumber2 lain.

  2. saya mendengar daripada penceramah tetapi lupa pulak sumbernya..

  3. Anonymous says:

    terima kasih, utk makluman kisah serupa ditulis oleh Jefrey Archer dalam bukunya, the new collected short stories…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge