Kisah Budak Hitam dan Bidadari

           
Ketika dalam perjalanan ke Khaibar juga, pasukan tentera musuh bertemu dengan seorang budak hitam berbangsa Euthopia yang sedang mengembala kambing. Ketika dia melihat pasukan yang lengkap bersenjata, lantas dia bertanya, “Ke manakah kalian?”
            Jawab mereka, “Kami ingin memerangi seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai nabi.” Jawapan daripada mereka itu telah menggerakkan hatinya untuk bertemu dengan Rasulullah s.a.w.. Dia segera pergi menemui Rasulullah s.a.w. dengan seluruh kambing pemeliharaannya.
            Setelah bertemu, dia bertanya, “Apakah yang tuan ajarkan? Apakah yang tuan serukan?”
            Jawab Rasulullah s.a.w., “Aku ajak kamu kepada Islam, hendaknya kamu bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah dan aku ialah utusan Allah. Janganlah kamu menyembah selain Allah.”
            Tanya hamba itu lagi, “Apakah balasanku jika aku beriman kepada Allah?”
            Jawab Rasulullah s.a.w., “Kamu akan mendapat syurga jika kamu mati atas Islam.”
            Setelah mendengar demikian, maka hamba itu menyatakan ke-Islamannya dan berkata kepada Rasulullah, “Ya Rasulullah, sesungguhnya kambing-kambing ini diamanahkan kepadaku.”
            Jawab Rasulullah s.a.w., “Kalau begitu lepaskan kambing-kambing itu di tanah ladang, nanti Allah akan (mengembalikannya) ke tempat tuannya.”
            Setelah kambing-kambing itu dilepaskan, maka kambing-kambing itu segera kembali kepada tuannya. Sejak itu tahulah tuannya iaitu seorang Yahudi bahawa hambanya si budak hitam itu telah memeluk agama Islam.
            Kemudian Rasulullah s.a.w. berdiri dihadapan sekalian tentera Muslimin dan menyematkan ke dalam hati-hati mereka akan marakan api semangat jihad dan berani untuk menghadapi musuh-musuh Allah, kerana semata-mata mengharapkan keredhaan Allah dan bercita-cita untuk memperolehi syurga dan segala kenikmatan yang telah dijanjikan. Apabila kedua pasukan saling bertempur, dan peperangan sengit bermula, ketika itulah kelihatan debu-debu berterbangan di medan Khaibar, akhirnya budak hitam itu rebah syahid di medan Khaibar. Ketika jenazahnya dibawa ke dalam khemah Rasulullah s.a.w., baginda berkata kepada sahabatnya, “Sesungguhnya Allah telah memuliakan budak hitam ini dan membawanya kepada kebaikan. Aku lihat dikepalanya sedang berdiri dua orang bidadari sedangkan dia belum pernah bersujud (bersolat) walaupun sekali.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

1 Response

  1. Makhfud says:

    Sungguh beruntung. Bagaimanakah nasib kita? Adakah selamat di hujung? Cemas
    Makhfud recently posted…Kisah Nabi Muhammad (9) – Turunnya Wahyu Pertama Nabi Muhammad sawMy Profile

Leave a Reply to Makhfud Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge