KESUNGGUHAN RAJA CHERAMAN MENDALAMI ISLAM, MENYEBARKAN ISLAM DAN PEMBINAAN MASJID DI INDIA MENERUSI USAHA MALIK BIN DINAR

CHERAMAN MASJID

 

Selepas memeluk Islam, Raja Cheraman duduk di Tanah Arab selama beberapa tahun (mungkin sehingga 12 tahun, bermula 617 hingga 629 Masihi). Beliau juga berkahwin dengan salah seorang kerabat diraja Jeddah dan mempunyai beberapa orang anak. Dalam rombongan yang datang ke Makkah suatu masa dulu, terdapat anak saudaranya yang bernama Kohinoor (Saifuddin) telah pulang ke India dan menjadi pemerintah dinasti Islam yang pertama.

[Tiada banyak maklumat yang diperoleh sepanjang keberadaan Raja Cheruman di Tanah Arab. Mungkin juga beliau ada berulang alik dari Tanah Arab ke India sepanjang tempoh 12 tahun itu. Begitu juga dengan Malik bin Dinar. Boleh jadi beliau masih berulang-alik dari Tanah Arab ke India dalam tempoh itu]

 

3569070903_f23f00969e

 

Namun, menurut manuskrip ‘Origin of Islam in India,’ penulisnya menyatakan bahawa dalam tempoh 12 tahun, Raja Cheraman ada berutus surat kepada pemerintah Kodungalur dan raja-raja Kerala, menceritakan kepada mereka mengenai Islam. Beliau juga bersungguh-sungguh mahu mendirikan sebuah masjid di India. Oleh kerana beliau mahu menetap lama di Tanah Arab, beliau meminta bantuan Sahabat yang lain termasuk Malik bin Dinar untuk pergi ke Kerala dan mendirikan masjid di sana. Malik bin Dinar pun memang selalu berulang-alik dari Tanah Arab ke India. Maka, surat-surat beliau itu dibawakan oleh Malik bin Dinar ke India. Dalam rombongan kali ini terdapat 13 orang Sahabat Nabi.

Sesampainya Malik bin Dinar yang datang bersama-sama Raja Jeddah ke Kodungallur, mereka menyerahkan surat tersebut kepada Raja Kodungallur. Memahami isi surat tersebut, sang raja terus memeluk Islam lalu memberikan bantuan kepada Malik bin Dinar untuk mengembangkan agama Islam di daerah itu serta mendirikan masjid. Di situ jugalah sebuah masjid didirikan dan diberi nama Masjid Cheraman Malik (gabungan nama Cheraman dan Malik).

Masjid ini adalah masjid pertama di India dan dipercayai sebagai masjid yang kedua selepas Masjid Nabawi yang mendirikan solat Jumaat.

Ada pendapat daripada ahli sejarah mengatakan bahawa masjid itu asalnya adalah sebuah tempat ibadat Hindu (Arathali Temple) sebelum bertukar menjadi tempat ibadat kaum Buddha (Buddhist Vihar). Ini kerana, Raja Cheraman asalnya beragama Hindu, kemudian bertukar kepada Buddha dan akhirnya menjadi seorang Islam. Jadi, beliau menukar bangunan ini mengikut agamanya. Ketika ini, pengaruh Buddha sudah semakin lemah.

Namun, menurut Syeed Mohammad, pengerusi masjid ini, masjid ini dibina selepas para pengikut Raja Cheraman pulang dari Tanah Arab. Raja Cheraman menulis sepucuk surat dan menyatakan bahawa tanah ini perlu diwakafkan untuk dibina sebuah masjid. Namun, dalam perjalanan pulang dari Tanah Arab, Raja Cheraman telah mangkat di Oman. Surat tersebut kemudian dipanjangkan oleh Malik bin Dinar sehingga sampai kepada Raja Kodungallur. Maka, sebidang tanah telah diwakafkan dan masjid pun didirikan di atas lot itu.

Surat yang dibawa oleh Malik bin Dinar juga diberikan kepada raja-raja lain. Melalui surat itu, Malik bin Dinar diberikan bantuan untuk meluaskan dakwah Islam ke kawasan yang beliau pergi. Akhirnya, semakin ramai orang India memeluk Islam dan banyak masjid dapat didirikan. Antaranya di Kodungallur, Kasargod, Kannur, Koylandi, Ezhumala, Porakkavur, Mangalapuram, Shrikandapuram, Dharmapatnam and Chaliyam. Dalam kitab Rihlat al Muluk, dinyatakan bahawa sebanyak 18 buah masjid telah didirikan oleh jemaah Malik bin Dinar bersama-sama orang Islam di India. Malik bin Dinar juga mempunyai sebuah masjid yang didirikan atas namanya iaitu Masjid Malik bin Dinar di Kasargod, masjid kedua tertua di India.

Seorang Qadi telah dilantik dan qadi yang pertama bernama Sayyid Abu Bakar.

KEPULANGAN RAJA CHERAMAN

Raja Cheraman menetap di Tanah Arab sehingga 15 tahun lamanya. Ketika itu, Islam sudah semakin luas di India melalui usaha dakwah Malik bin Dinar. Pada tahun 632 Masihi, setelah 15 tahun lamanya beliau menetap di Tanah Arab, maka beliau pun menunaikan fardhu haji (haji widak yang terakkhir bersama Rasulullah SAW).

Dengan memahami khutbah terakhir Rasulullah SAW mengenai kepentingan berdakwah, maka Raja Cheraman mahu bertolak pulang ke India untuk menyebarkan dakwah di tempat asalnya. Namun, Allah SWT terlebih dahulu menjemputnya ketika perjalanannya telah sampai di Oman. Makamnya disemadikan di Salalah, Oman. Beliau mangkat pada tahun yang sama Rasulullah SAW wafat iaitu 632 Masihi / 11 Hijriah.

 

Qabr

DAKWAH DITERUSKAN DI INDIA OLEH MUGHIRAH BIN SYU’BAH

Pada tahun ke-17 Hijriah, jemaah yang diketuai oleh Mughirah bin Syu’bah dihantar ke India bagi meneruskan usaha memperkuatkan agama Islam di sana.

 

Jemput baca buku-buku ini untuk lebih lanjut mengenai Islam di India Whatsapp 019-4702839

Jemput baca buku-buku ini untuk lebih lanjut mengenai Islam di India
Whatsapp 019-4702839

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge