Kepingan Kertas Bermaruah (Ijazah dan Diploma)

Suatu ketika, aku merasakan … dua keping kertas ini tidak berguna apa-apa. Sesiapa sahaja, termasuk aku dan kau orang yang bertahun-tahun menganggur, sedikit sebanyak akan berfikir sedemikian. Bukan semua, tapi ada.

Menganggur di sini bukanlah bermaksud tak ada kerja. Kerja ada. Tapi, kerja yang dibuat itu tak setaraf dengan kelayakan yang ada. Ada ijazah, kerja tahap SPM.

“Kalau tau camni, baik aku kerja terus ja lepas abis SPM. Takyah nak membazir masa ngaji tinggi-tinggi. Keluaq U, kerja takdak.”

Aku pasti. Ramai yang kecewa kerana tak mendapat apa yang mereka mahu. Ibu dan ayah di kampung sanggup bergadai tanah dan barang kemas, semata-mata mahu melihat anak mer
eka dapat belajar tinggi-tinggi. Kemudian, keluar dapat kerja dengan kerajaan atau sekurang-kurangnya GLC atau syarikat konglomerat ternama.

Namun, harapan tinggal harapan. Keluar U, balik kampung, duduk dengan emak ayah. Diharapkan si anak dapat bantu mereka, tetapi yang berlaku sebaliknya. Ini berlaku. Bukan kisah dongeng.

Tak cukup kabel JKKKP, sampai ke menteri, semua diguna. Tapi, rezeki belum kunjung tiba. Buatlah apa sahaja yang termampu. Yang direct selling, sibuk cari downline. Yang nak berniaga, sibuk cari lubang niaga. Baguslah, ada usaha. Yang masih nak cari kerja, sibuk tulis resume, fotostat sijil apa yang ada, naik tangga turun tangga. Macam-macam. Bukannya aku tak pernah rasa.

Bahkan, aku berkahwin sedangkan aku takda kerja. Mujur si dia terima aku seadanya.

 

Sehinggalah Tuhan datangkan aku kesedaran. Tempoh 7 tahun dalam pengangguran adalah satu “kursus” kehidupan yang takkan dapat di Universiti.

Selain ilmu, Tuhan juga memberikan kepada hamba-Nya bakat. Selain bakat, Dia lengkapkan pula dengan kemahiran. Ilmu, bakat dan kemahiran adalah tiga asbab utama manusia mencari nafkah.

Inilah kehidupan. Sesiapa yang berusaha, dia akan dapat. Janji Tuhan, Dia letak dalam perintah. Kau buat apa yang Dia perintah, maka Dia akan perintahkan makhluk yang lain menuruti perintahmu.

Kita semua sama. Gaji kecil tak semestinya sengsara. Gaji besar tak semestinya bahagia. Bahagia dan sengsara berada dalam genggaman Dia.

Jangan ingat gaji besar hidup senang, gaji kecil hidup merewang. Makin besar periuk, makin besar keraknya.

Tuhan bagi kita akal.
Sama-sama kita fikirkan.

-Aku bukan KJ-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

1 Response

  1. Ainul says:

    Usaha tangga kejayaan, rezeki berkat, Alhamdulillah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge