Kehebatan Maulana Anwar Shah Kashmiri

Maulana Anwar Shah Kashmiri adalah seorang yang sangat kuat daya ingatannya.

Beliau pernah berkata, “Jika Inggeris membakar semua kitab dalam perpustakaan Deoband, aku boleh tulis semula satu persatu.”

Suatu ketika, beliau telah pergi ke sebuah perpustakaan di Mesir. Beliau menjumpai sebuah kitab dan telah jatuh hati serta mahu meminjamnya. Namun, pustakawan tidak mengizinkan kitab itu dibawa keluar.

Lalu, beliau berkata, “Jika begitu, izinkan aku duduk di perpustakaan ini. Aku nak baca kitab ini. Kamu boleh kunci pintu dan balik. Esok aku akan bagi balik kitab ni.”

Kemudian, beliau pun balik ke India dan menulis semula kitab tersebut melalui ingatannya. Seterusnya, beliau menghantar kitab tulisannya itu ke Mesir untuk disemak.

Jawapan mereka “Tulisan kamu ini tidak sedikit pun berbeza dengan kitab yang asal.”

(Maulana Abdullah Amir, Seminar Penerangan Aliran Deobandi, UM)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge