Himpunan Kisah Keajaiban Para Sahabat

 

KEAJAIBAN PARA SAHABAT Ramai orang kenal Superman, Batman, Spiderman, Ironman, Ultraman dan banyak lagi man-man yang lain. Namun begitu, semua man tersebut tidak ada kuasa pun sebenarnya, semuanya rekaan. Namun begitu, PARA SAHABAT NABI SAW merupakan insan pilihan yang Allah berikan kepada mereka 1001 karamah dan kelebihan. Ini kisah benar, bukan fiksyen! Dalam buku ini, disajikan 20 buah kisah yang dipetik daripada sumber-sumber yang rajih dan tsiqah seperti berikut:

1. Zaid Bin Harisah R.A.: Bantuan Malaikat Ketika Dirompak Mengisahkan perjalanan hidup Zaid r.a. bermula detik dirinya menjadi hamba, kemudian dinaikkan taraf menjadi anak angkat Nabi SAW. Zaid menjadi orang yang paling disayangi oleh Baginda sehingga sering dilantik menjadi panglima perang dalam setiap peperangan. Zaid pernah mengalami peristiwa aneh tatkala dirinya hampir dengan maut di tangan seorang perompak. Namun, bantuan ghaib daripada Allah SWT telah menyelamatkan beliau daripada dibunuh asbab permohonan perlindungannya kepada Allah SWT melalui amalan solat.

2. Abu Ubaidah Bin Al-Jarrah R.A.: Ikan Besar Untuk Tentera Yang Kelaparan Beliau diakui sebagai orang paling amanah oleh Rasulullah SAW dan sering menjadi tempat rujukan oleh setiap khalifah pada zamannya. Beliau tergolong antara Sahabat yang paling awal memeluk Islam. Kecintaannya kepada Nabi SAW terbukti dalam Perang Uhud apabila beliau sanggup mematahkan giginya untuk mencabut besi yang terbenam di pipi Baginda. Beliau pernah memimpin sepasukan tentera yang terputus makanan di tengah perjalanan. Namun, bantuan ghaib daripada Allah datang berupa seekor ikan Ambar yang besar. Ikan tersebut menjadi santapan mereka selama beberapa minggu.

3. Jaafar Bin Abi Talib At-Thayyar R.A.: Lelaki Bersayap Beliau ialah wakil Nabi SAW untuk bertemu Raja Najasyi dalam peristiwa hijrah pertama. Beliau bijak menyusun kata sehingga akhirnya Najasyi beriman. Selepas penaklukan Khaibar, beliau dan umat Islam berhijrah ke Madinah. Jaafar r.a. pernah dilantik menjadi amir dan meninggal dunia dalam Perang Muktah dengan kedua-dua tangannya putus. Beliau dijanjikan sayap di syurga sebagai ganti tangannya yang putus itu.

4. Said Bin Zaid R.A.: Doa Yang Dimakbulkan Beliau mendapat hidayat berkat doa ayahnya walaupun ayahnya tidak sempat berjumpa Nabi SAW. Beliau adalah adik ipar Umar r.a. dan tergolong antara 10 orang Sahabat yang dijanjikan syurga dalam hadis. Beliau juga menjadi antara asbab Umar r.a. mendapat hidayat. Kebelakangan hari, beliau telah difitnah oleh seorang wanita jahat yang menuduh beliau merampas tanahnya. Asbab doa beliau, Allah telah tunjukkan siapa yang benar antara mereka dan wanita itu mati dalam keadaan yang mengaibkan.

5. Sayidina Hamzah Bin Abdul Mutalib R.A.: Jenazah Yang Dimandikan Oleh Malaikat Beliau menjadi pembela Rasulullah SAW ketika Baginda dihina oleh Abu Jahal. Keberaniannya itu menimbulkan gentar di hati pihak Quraisy. Tidak hairanlah beliau digelar ‘Singa Allah’. Dalam Perang Uhud, beliau telah syahid ditombak oleh Wahsyi yang akhirnya memeluk Islam. Beliau juga dijanjikan sebagai penghulu para syuhadak.

6. Tufail Bin Amru Ad-Dausi R.A.: Cahaya Pada Wajahnya Beliau adalah seorang penyair hebat yang akhirnya terpaksa mengalah dengan kehebatan ayat al-Quran. Setelah memeluk Islam, beliau terus berdakwah kepada kaumnya dan Allah mengeluarkan cahaya pada wajahnya. Akhirnya, kaum Daus ramai-ramai memeluk Islam termasuk Abu Hurairah r.a..

7. Saad Bin Abi Waqqas R.A.: Menyeberangi Sungai Tigris Dengan Kuda Beliau memeluk Islam ketika remaja, menjadi orang pertama yang melepaskan panah ke arah musuh dan orang pertama yang terkena panah musuh. Beliau sering dilantik menjadi amir dan pernah mengalami peristiwa aneh ketika bersama-sama tentera Islam menyeberangi Sungai Tigris yang bersaliran deras dengan hanya menunggang kuda. Semua ini adalah antara bantuan ghaib kepada Para Sahabat.

8. Saad Bin Muaz R.A.: Matahari Madinah Yang Diziarahi Para Malaikat Saad bin Muaz r.a. merupakan seorang Sahabat Nabi SAW dari kalangan Ansar, yakni penduduk Madinah. Sebelum memeluk Islam, beliau merupakan seorang pemuda yang berpengaruh di kota itu dan sangat kuat menentang dakwah Mus‘ab bin Umair r.a.. Namun, akhirnya beliau memeluk Islam dan menjadi pembela yang kuat serta perancang strategi yang bijak. Beliau syahid akibat terkena panah dalam Perang Khandaq dan jenazahnya mendapat penghormatan daripada para malaikat.

9. Salman Al-Farisi R.A.: Bantuan Allah Dalam Perang Khandaq Salman r.a. mempamerkan kebijaksanaannya dalam merancang strategi Perang Khandaq (parit). Dalam peristiwa ini juga dipaparkan bagaimana tentera Islam mendapat bantuan ghaib berupa makanan yang cukup untuk semua mereka dengan hanya sepinggan roti dan seekor anak kambing. Allah juga menghantar angin kencang untuk memporak-perandakan musuh. Juga alamat kepada kejatuhan Rom dan Parsi melalui percikan api daripada batu yang dipukul oleh Rasulullah SAW.

10. Abu Darda’ R.A.: Periuk Berzikir Mengisahkan bagaimana beliau memeluk Islam asbab saudaranya, Abdullah bin Rawahah r.a.. Asalnya, beliau ialah seorang pedagang dan kerana bimbangkan masanya dan tawajjuhnya tidak tertumpu pada Allah, beliau sanggup meninggalkan perniagaannya untuk menumpukan perhatian terhadap Allah. Beliau dikurniakan hikmah dan menjadi ikutan para ahli tasawwuf. Asbab zikir yang selalu diamalkannya, periuk di rumahnya turut mengalunkan tasbih.

11. Ala’ Bin Hadhrami R.A.: Berkuda di Atas Air Beliau menjadi panglima tentera ke Bahrain. Dalam perjalanan itu, mereka mengalami peristiwa aneh. Allah menurunkan hujan tatkala bekalan mereka kehabisan dan mereka menyeberangi laut Bahrain dengan hanya menunggang kuda. Beliau syahid dalam peperangan itu dan beliau disemadikan di sebuah tempat. Cahaya keluar dari kuburan beliau.

12. Tamim Ad-Dari R.A.: Pertemuan Dengan Dajjal Sebelum memeluk Islam, beliau pernah bertemu dengan Dajjal tatkala beliau dan rakan-rakannya tersadai di sebuah pulau. Nabi SAW membenarkan kisah itu. Beliau juga menjadi orang pertama yang membawa lampu ke Masjid Nabawi setelah 9 tahun berada dalam kegelapan.

13. Muaz Bin Jabal R.A.: Penangkap Syaitan Mengisahkan bagaimana beliau berhadapan dengan syaitan yang menyamar untuk mencuri kurma pada waktu malam. Dalam peristiwa ini, syaitan mengkhabarkan satu petua untuk mengelakkan rumah dimasuki syaitan iaitu dengan membaca ayatul Kursi. Kenyataan itu dibenarkan oleh Rasulullah SAW walaupun ia datang daripada syaitan.

14. Safinah: Bercakap Dengan Harimau Mengisahkan tiga cerita yang berbeza tetapi berkaitan dialog harimau dengan Para Sahabat r.hum

15. Sayidina Umar Bin Al-Khattab R.A.: Menundukkan Sungai Nil Mengisahkan dua karamah beliau. Pertama, dengan hanya menulis surat untuk Sungai Nil, airnya yang kering melimpah ruah sehingga tidak surut lagi. Kedua, dengan bantuan Tamim ad-Dari r.a., beliau menghalau lahar gunung berapi masuk kembali ke lubangnya.

16. Hisyam Bin Al-As Al-Amawi R.A.: Menggoncang Istana Hercules Mengisahkan pertemuan beliau bersama-sama seorang lagi Sahabat bertemu Hercules. Dengan laungan takbir, istana Hercules bergoncang.

17. Hisham Bin Al-As Al-Amawi R.A.: Penemuan Gambar Para Rasul Hercules membenarkan mereka tinggal di istananya selama 3 hari. Dalam tempoh tersebut, mereka berpeluang melihat gambar para Nabi yang tersimpan di istana itu. Ia adalah gambar yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Adam a.s. tatkala Nabi Adam a.s. meminta untuk melihat keturunannya. 18. Abu Hurairah R.A.: Bantuan Ghaib Kepada Ahlus Suffah Beliau sebatang kara dan hidup bersama-sama Ahlus Suffah. Pernah mengalami beberapa peristiwa aneh yang merupakan bantuan ghaib daripada Allah SWT untuk dirinya dan rakan-rakannya yang sentiasa sabar menahan lapar.

19. Sayidina Umar Al-Khattab R.A.: Dialog Dengan Ahli Kubur Pada zaman kekhalifahan Sayidina Umar bin al-Khattab r.a, terdapat seorang pemuda yang sangat rajin beribadat. Beliau sangat rajin berulang-alik ke masjid sehinggakan Amirul Mukminin kagum kepadanya. Beliau mati tatkala menyelamatkan imannya daripada godaan seorang perempuan cantik. Sayidina Umar r.a. diizinkan Allah berdialog dengan pemuda itu di dalam kubur dan pemuda itu berkata bahawa dia telah dikurniakan syurga.

20. Amru Bin Jamuh R.A.: Tempang Bukan Halangan Beliau memeluk Islam setelah ketiga-tiga anak lelakinya terlebih dahulu memeluk Islam. Pada usia yang tua, beliau tetap mahu berjihad walaupun kakinya tempang sebelah. Beliau syahid dalam perang Uhud dan jasadnya tidak reput walaupun setelah beberapa puluh tahun selepas itu.

Antara testimoni pembaca:

1. Alhamdulillah, membaca buku ini membuatkan hati saya hadir pada zaman sahabah r.anhum yang mana cerita-cerita menggambarkan betapa susah dan payah sahabah r.anhum melalui hari-hari mereka demi menjaga agama Allah S.W.T.. Tambahan pula kisah2 yang ditampilkan ini amat jarang didengari oleh masyarakat muda hari ini. Ini kerana, pelbagai kisah yang menarik dan ajaib yang dimuatkan ke dalam buku ini. Selain itu, kisah-kisah pertolongan daripada Allah S.W.T ini sangatlah penting utk diketahui oleh masyarakat kerana dapat menaikkan kecintaan dan keyakinan kepada Allah. (Muhammad Fadhil, graduan, Bangi)

2. Alhamdulillah,asbab penulisan tuan Khairy Tajudin dengan lebih detail dan dalam lagi akan kehidupan para2 sahabat atas perjuangan mereka yg agung dalam medan perang,anak2 saya juga jadi faham akan penyampaian saya masa membaca sebagai bedtimes stories..mereka, saya sajikan jadikan pengganti taalim yg mereka dengar kurang tawajjuh,bila saya baca perjuangan para2 sahabat ni,dengan gaya2 tangan saya tunjukkan..mereka sangat2 suka dengar,termasuk si isteri Noor Azellawaty Othman pun leka mendengar,mungkin asbab itu juga bile kisah para sahabat dibaca selalu dirumah..channel tv pun dah rosak..dari tv1,tv2,tv3,tv7,tv9..agak berjaya hapuskan majlis lalai tu..hehe..skrg yg tinggal clear tv8 je..tu pun sikit hari karam la kot..doakan kami istiqomah sekeluarga..beramal dlm kesukaan Allah taala. (Abdullah Hj Rashidi, guru al-Quran)

3. Sy baca 2 buah buku ttg kisah sahabat dr penulisan tuan..ni testimonial drpd sy..”hasil pembacaan drpd kisah sahabat ini, telah menyedarkan saya, betapa jauhnya kehidupan sy dan kebanyakkan masyarakat drpd kehidupan sebenar sahabat2 r.a. untuk kembali ke zaman kegemilangan Islam, tiada cara lain selain drpd tiru2 kehidupan mereka..penulisan ini sesuai utk semua lapisan masyarakat, mudah difahami dan ilustrasi yg menarik..syabas dan teruskan usaha ini..” (rodney jammy @ abdullah rawahah, kk, sabah)

4. Semasa saya membuat pesanan untuk membeli 2 buku ini : Pemanah Handalan Bersenjatakan Doa dan Menghunus Pedang Kerana Allah, apa yang terlintas difikiran saya (berdasarkan gambar dan tajuk pada kulit buku-buku tersebut), buku kisah para sahabat r.anhum ini ditulis untuk anak-anak bawah 12 tahun (maaf Tuan Khairy Tajudin, ini pengakuan yang terusterang dari saya saat saya melihat iklan buku ini melalui FB Tuan). Jadi saya beli 2 set setiap satu dengan niat satu set untuk bacaan anak-anak saya sendiri, dan satu lagi saya hadiahkan kepada perpustakaan sekolah berhampiran rumah saya. Bagaimanapun, apabila saya menerima buku ini (melalui pos), saat saya membuka dan mula membaca mukasurat yang pertama buku “Menghunus Pedang Kerana Allah”, masyaallah, saya bagai tak dapat berpisah dengan buku tersebut. Dari kisah pertama mengenai Usamah bin Zaid r.a., saya teruskan membaca kisah-kisah sahabat yang lain yang termuat di dalamnya. Seolah-olah, saya “masuk” kesatu alam yang berbeza, seolah-olah saya turut “berada” di zaman tersebut, melihat dan merasa segala keperitan, susahpayah dan penyiksaan yang dialami oleh para sahabat r.anhum semata-mata untuk berjuang bersama Nabi SAW untuk menyebarkan Islam. Membaca buku mengenai perjuangan sahabat r.anhum ini memberi keinsafan yang banyak kepada diri saya sendiri, betapa kita, ummat Nabi SAW di akhir zaman ini, terlalu mudah “menerima” Islam dalam hidup kita tanpa perlu bersembunyi, tanpa perlu meninggalkan harta-benda, tanpa perlu pergi berperang…Islam “dihidang” dihadapan kita dengan amat mudah sekali. Dan yang tambah menginsafkan saya selepas membaca buku ini ialah betapa saya..betapa kita semua “mempersendakan” segala susahpayah Nabi SAW dan para sahabat r.anhum untuk menyebarkan agama Allah SWT ini. Astaghfirullahalaazim. Pada pendapat saya, Tuan penulis telah berhasil mengisahkan kisah para sahabat melalui buku ini dengan bernas dan mampun menyentuh hati dan emosi juga memberi kesedaran kepada para pembacanya insyaallah. (Puan Kasturi Puteh)

5. Kisah di dalam buku ini di pelbagaikan bagi mendidik anak-anak mahupun golongan dewasa berfikir akan kehadiran Maha Esa itu wujud. Malahan ia juga mampu membenamkan dalam diri dan jiwa anak-anak kecil supaya takutkan Allah melebih dari segalanya dan sekaligus menakluk pembaca untuk mengenali dan sayang akan Nabi-Nabi kita. Bacaan yang dapat saya simpulkan di sini sungguh santai. Bahasa yang amat mudah di fahami di sampaing harganya juga amat berpatutan. Penggolahan jalan cerita yang baik memudahkan ibu bapa bercerita sebelum menidurkan anak.

Tahukah anda inilah buku-buku ilmiah islam yang yang sebenarnya molek di jadikan sebahagian koleksi perpustakaan mini di rumah anda. Yang terbaik adalah jika anda hadiahkan ia untuk anak-anak supaya minat mereka membaca terus subur dalam diri masing-masing. (Puan Suri)

 

Berminat, sila SMS 019-4702839

 

Jika anda rasa buku ini bagus, jemput SHARE di Facebook.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge