Cerpen: Nak Kahwin Lagi Tapi …

Benarkah-berpoligami-karena-nafsu-poligami-karena-nafsu-dalam-islam

 

Badrol: Aku dalam dilema sekarang ni, Haikal. Taktaula. Pening kepala aku ni.

 

Haikal: Awat pulak dah, Badrol?

 

Badrol: Hrm … aku dah jatuh hati ngan sowang pompuan ni. Tapi, kalau aku nak kawen ngan dia, aku takleh madukan dia. Masalahnya, aku dah ada bini dan aku sayangkan dia.

 

Haikal: Hai … tula. Takdak penyakit hang pi cari penyakit. La ni hang pikiaq bagi habih.

Badrol: Dah jenuh pikiaq dah. Siru! Siru! Macam lagu Ukays, Di sana Menanti di sini Menunggu.

Haikal: La ni hang ingat balik. Waktu hang hidup susah dulu, sapa yang teman hang?
Badrul: Bini aku la.

 

Haikal: Waktu hang sakit?
Badrol: Bini aku jugak.
Haikal: Hang jumpa awek hang la ni, bila?

Badrol: Baru lagi.

 

Haikal: Tapi, hang jumpa dia waktu hang dah ada harta kan? Life hang dah stabil. Tak susah macam dulu. Kalau hang susah macam dulu, dok juai ayaq nyoq tepi jalan, agak-agak dia berkenan kat hang?
Badrol: Erm … mana aku tau. Dia pun keja boleh tahan gak la.
Haikal: Hang ingat balik …. waktu Siti Khadijah masih hidup, Nabi kawen lain dak?
Badrol: Dak. Lepas dia wafat baru Nabi kawen lain.
Haikal: Waktu Siti Fatimah masih hidup, Sayidina Ali kawen dengan orang lain dak?
Badrol: Abu Jahal ada ofer anak pompuan dia tapi Nabi tak bagi Siti Fatimah dimadukan.

Haikal: Hang pun tau kan? La camnilah. Perkara ni akan tinggai kesan yang panjang. Hang balik rumah, tengok balik muka anak bini hang. Muka-muka tu la yang dok teman hang selama ni. Yang dok korban perasaan untuk hang. Bini hang tu, dia sanggup tinggai pakaian dia yang seksi-seksi waktu bujang dulu, sebab dia nak seksi untuk hang sorang. Keluaq rumah dia jaga aurat dia. Sebab apa? Sebab dia rasa dia bini hang. Aku rasa, bini hang yang dok ada la ni cukup dah untuk hang. Tuhan atuq elok dah.

 

Badrol: Tapi budak ni dah tangkap cintan kat aku baq hang. Aku takut kami …. erm. Payah cakap la.

Haikal: Benda ni kena bawa bincang leklok. Jangan dok kalut. Bawa depa dua bersemuka. Bincang baik-baik. Mana ada pompuan sanggup bermadu, wei. Kalau ada pun sikit sangat. Bertuahla dapat.
Badrol: Erm … tataula.
Haikal: Tapi, kalau ikut syarat yang dia bagi tu, sampai kena cerai bini hang baru boleh kawen ngan dia, aku  tak setuju. Kalau dia sanggup kongsi, tu lain cerita. Tapi, makan masa la. Kalau tak pinggan mangkuk pecah, mungkin hang kena kerat 88.
Badrol: Haha. Lebih ganas daripada Mona Fendi.
Haikal: Taktaula ganas tak ganas. Try la kalau berani. Sebab tu aku kata benda ni halus. Bagi lelaki ia manis, tapi bagi pompuan pahit baq hang. Kalau bini hang ada jantan lain, hang tak marah?

Badrol: Tu nak kena kerat 99.
Haikal: Tau takpa.

 

Badrol: La apa aku patut buat?
Haikal: La ni mai aku tengok gambaq dia. Mai aku jampi-jampi sikit bagi setel masalah ni.
Badrol: Nah. Tengok sekali ja. Jangan lama-lama.
Haikal: Wow! Mau kata lagu ni, hang takyah kawen ngan dia la. Bagi ja kat aku. Setel.
Badrol: Hang nak kerat 199?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

2 Responses

  1. Beliau Bakobar says:

    Assalamualaikum….saja lalu lalang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge