CERPEN INDIE: “KUTU”

“INDIE-GO”

“Hang ingat, bila hang dah pakai jubah, serban lagu ni, hang dah jadi baik?” tengking Haji Mail. “Aku kenailah hang tu sapa. Dari kecik lagi aku dah kenai hang. Hanglah yang dok curi buah moktan aku. La balik mai nak tunjuk alim pulak.”

“Saya minta maaf kalau Pak Mail masih marah pada saya sebab curi buah moktan Pak Mail dulu. Kalau Pak Mail nak suruh saya bayaq pun saya bayaq. Habaq mai … nak kena bayaq berapa?”

“La baru teringat nak bayaq? Takyahla. Aku dah lama halai kat hang.”

“Terima kasih Pak Mail. Budi baik Pak Mail hanya Allah yang dapat balaih.” Azroy merendahkan dirinya bercakap dengan orang yang lebih tua walaupun sikapnya lima tahun yang dulu, tidak seperti ini. Lima tahun yang dulu, Azroy tak pernah kenal masjid. Dia hanya dikenali sebagai kutu kampung. Pak Mail kenal sangat dengan Azroy kerana Azroy pernah mengorat anak perempuannya.

“Hang balik kampung ni, buat apa? Mak ngan ayah hang bukan ada dah. Hutang depa kat aku dulu pun tak bayaq-bayaq lagi.”

“Saya balik mai ni, kalau boleh nak setel semua yang masih dok sangkut. Takut pulak mak ngan ayah saya dok kena seksa kat dalam kubuq sebab tak bayaq hutang Pak Mail. La ni habaq mai, berapa banyak hutang mak ngan ayah saya kat Pak Mail yang masih belum setel.”

“Hang larat bayaq ka? Banyak wo.”

“Kalau boleh saya bayaq, saya bayaq la.”

“Hang kerja apa lani? Kaya sangatkah?”

“Nak kata kaya tu taklah kaya sangat. Tapi bolehlah kalau setakat nak hidup.”

“Hang kerja apa?” Pak Mail mengulangi soalannya.

“Saya jadi novelis, Pak Mail.”

“Novelis tu apa dia?”

Azroy lalu menghulurkan sebuah novel bertajuk, “KUTU” kepada Pak Mail. “Saya tulis novel ni.”

“Oh, ni ka keja hang? Boleh hidupkah dengan novel ni?”

“Rezeki, ajal, maut semuaanya di ‘tangan’ Allah. Ulat dalam batu pun boleh hidup. Inikan pula manusia, sebaik-baik kejadian.”

“Hang belajaq kat mana tulis novel ni? Anak aku pun minat jugak nak jadi penulis. Hari-hari dok menulis.”

“Hari tu, waktu saya pi Key Ell, saya terbaca iklan ‘Bengkel Penulisan Novel’ dengan Khairy Tajudin. Saya pun joinlah. Lepas tu, terus saya buat novel ni.”

“Oh, lagutu ka? Bila lagi dia nak buat bengkel ni. Boleh aku hantaq anak aku pi sana belajaq.”

“29 Mac nanti, di Kuantan. Kalau minat, boleh PM Facebook dia. Kena cepat, satgi penuh. Depa amik takat 30 orang ja.”

“Okay… nanti aku habaq kat anak aku.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge