Bengkel Penulisan Novel dan Grafik

Pada tanggal 14 Julai 2012 (Sabtu), satu Bengkel Penulisan dan Grafik telah berlangsung di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SMSTSP), Kangar, Perlis. Bengkel tersebut adalah atas permintaan persatuan alumni SMSTSP yang dipelopori oleh Encik Hatta Husin dan Cikgu Kamal. Penulis novel, Khairy Tajudin dan ilustrator, Faris Mohd Hazmin telah dijemput untuk mengendalikan bengkel tersebut. Bengkel itu disertai lebih kurang 200 orang pelajar tingkatan satu dan dua, bermula pada pukul 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

            Saudara Khairy Tajudin memulakan sesi ceramah mengenai asas-asas dalam penulisan novel. Antara bab yang disentuh adalah mengenai penciptaan watak, jalan cerita, konflik, klimaks, gaya bahasa, ayat dialog dan ayat naratif serta nilai-nilai tarbiah dalam novel. Seterusnya, saudara Faris Mohd Hazmin meneruskan sesi mengenai teknik-teknik melukis komik. Alhamdulillah, sambutan daripada para peserta amat menggalakkan dan ada antara mereka yang berminat untuk menjadi penulis dan pelukis suatu hari nanti. Setelah habis sesi bengkel, para peserta berpeluang mendapatkan novel-novel terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd. Mereka juga tidak ketinggalkan untuk mendapatkan tandatangan daripada kedua-dua orang novelis dan illustrator tersebut.
            Memandangkan saudara Khairy dan Faris merupakan bekas pelajar sekolah ini, maka pihak Alumni SMSTSP telah berbesar hati untuk menghadiahkan tiga set novel kepada pihak sekolah. Novel-novel tersebut ialah Tariq United, Budak Komik dan Budak U yang ditulis oleh saudara Khairy. Ilustrasi dalam novel Budak Komik dan Budak U pula dihasilkan oleh saudara Faris. Sumbangan novel-novel tersebut dikira sebagai pemangkin semangat kepada para pelajar untuk berusaha mengharumkan nama sekolah suatu hari nanti.
            Sekiranya mana-mana organisasi menginginkan bengkel seperti ini, bolehlah berhubung terus dengan saudara Khairy Tajudin di talian 019-4702839 atau menerusi emel: khairitajudin@gmail.com.
Facebook: Khairy Tajudin Novelis Remaja, Farriese Mehmet Haszemin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge