Bengkel Asas Penulisan Novel (1)

Saya harap anda semua sudah dapat membetulkan niat masing-masing. Saya yakin, anda semua mempunyai niat yang baik dalam bidang penulisan ini. Seterusnya, saya ingin kongsikan dengan anda semua, perkara-perkara asas yang perlu dikuasai oleh penulis dalam menghasilkan sesebuah karya.
Asas-asas Penulisan Fiksyen adalah seperti berikut:
1. Watak
2. Jalan Cerita / Plot / Subplot
3. Konflik
4. Klimaks
5. Gaya / Bahasa
6. Ayat Dialog dan  Ayat Naratif
7. Nilai
_______________________________
1          Watak 
Penulis mampu menggambarkan setiap watak sama ada dari segi segi fizikal atau non-fizikal (perangai, hobi, mentaliti dll) walaupun bukan semua ciri-ciri itu tertulis dalam novel.
Apa yang penting, penulis menyedari dia menulis mengenai ‘siapa’.
               
            Plot / Sub-plot 
Plot = sebab akibat (jalan cerita)
Sub-plot = kisah sampingan
Penulis boleh menggunakan teknik bercerita yang pelbagai. Sama ada secara kronologi atau jungkar balik. Stail prolog-epilog sudah menjadi kebiasaan.
3            Konflik 
Penulis perlu tahu apakah konflik dalam sesebuah cerita yang perlu diselesaikan. Konflik boleh lebih daripada satu. Kerana konflik itulah terjadinya sebuah cerita.
Contoh:
Konflik yang berlaku dalam novel Tariq United:
Ustaz Syamil, seorang guru baru yang bertugas di sebuah sekolah agama rakyat telah diamanahkan untuk melatih sebuah pasukan bola sepak bagi mengharungi sebuah kejohanan peringkat negeri dalam masa sebulan. Terdapat pelbagai masalah yang timbul sepanjang persediaan tersebut seperti:
– keadaan kewangan sekolah yang terhad
                  – guru akademik yang tidak membantu, mementingkan akademik sahaja.
                  – ketiadaan padang, fasiliti dan peralatan yang sempurna.
                  – ketidakmampuan pemain membeli kasut bola.
                  – para pemain mendapat kritikan rakan-rakan sekelas.
4          Klimaks
Penulis perlu tahu, bilakah klimaks dalam sesebuah kisah. Klimaks selalunya berada di hujung-hujung. Setelah klimaks, jangan biarkan cerita berlarutan terlalu panjang. Jika boleh, habiskan cepat-cepat.
5            Gaya Bahasa
Penulis perlu menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (standard) tetapi santai. Elakkan penggunaan bahasa pasar. Sayangilah bahasa kita.
Antara gaya penulisan yang popular:
1. Santai, humor, info-tainment
2. Ayat tidak terlalu panjang / terlalu pendek
6.            Ayat Dialog & Ayat Naratif 
Ayat dialog = 60 – 70 %
Ayat naratif = 30 – 40 %
Dialog adalah pengerak cerita. Novel yang tiada dialog akan menjadi sebuah buku fakta yang membosankan. 
Latar Belakang
Setiap kisah perlu mempunyai latar belakang. Tanpa latar belakang, pembaca tidak dapat membayangkan sesebuah cerita. Namun begitu, dalam penulisan novel Islami, latar belakang adalah minimum. Tidak perlu ‘membayangkan’ sangat. Memadai jika pembaca tahu, di mana kejadian itu berlaku.
8            Nilai Murni / Agama 
Sesebuah novel itu ada nilai di sisi Allah dan di sisi pembaca. Jadilah penulis yang memperkenalkan Allah, dan bukan mempromosikan makhluk.
Tips: ubat bersalut coklat, maksudnya, kita mendidik pembaca dengan nasihat yang berkesan tanpa ‘memarahi’ mereka.
Insya-Allah, setakat ini dahulu nota kita pada hari ini. Kita berjumpa lagi di lain masa. Selamat beramal. Selamat berpuasa.

“Hendak seribu daya, mahu seribu cara.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

3 Responses

  1. Anonymous says:

    Teruja mahu terlibat sama insya-Allah.

  2. Tips yg hebat semoga membawa berkat. Selamat menjalani madrasah Ramadan.

  3. ASH says:

    Moga diberkati segala usaha murni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge