Belakang Tabir Bengkel Penulisan Novel (Kuala Lumpur)

Alhamdulillah.. semalam (9 November 2013) telah berlangsung sebuah bengkel penulisan novel di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur yang dihadiri oleh 19 orang peserta. 5 orang daripada mereka sudah pernah menulis.

Bengkel ini dikendalikan oleh saya bersama-sama Tuan Resha Hamzah dan Tuan Web Sutera.

Saya naik bas dari Changlun dan turun di Puduraya pada pukul 6 pagi. Tuan Web mengambil saya dan kemudian kami bersarapan pagi di sebuah restoran mamak. Kelihatan Puan Monalita Mansor turut menjamu selera di tempat kejadian. Peserta-peserta lain masih menelefon saya bertanyakan jalan. Sebenarnya, saya sendiri pun kurang arif sebab saya tidak tinggal di Key Ell.

Lebih kurang pukul 9.30 pagi, kami memulakan bengkel. Saya berkongsi teknik-teknik asas dalam penulisan novel (yang patuh syariah), tips-tips novel yang diminati serta teknik-teknik promosi yang berkesan.


Kemudian, Tuan Resha Hamzah memulakan sesinya pada pukul 11.45 pagi untuk membicarakan mengenai proposal dan manuskrip yang disukai oleh editor. Lebih kurang pukul 1.15 petang, kami semua berehat untuk solat dan makan tengahari (lapar jugak).

Sewaktu makan itulah, tetiba datang idea spontan untuk meminya Tuan Ajwad Zulfiqar dan Tuan Resha berlakon. Saya hanya menggunakan kamera biasa.

Sesi petang, disudahi dengan perkongsian ilmu dan pengalaman daripada Tuan Web. Setelah semua peserta pulang, saya berkata kepada Tuan Resha, “Hang pandai edit Movie Maker? Kalau reti, sekarang jugak kita edit video tadi.”

“Boleh ja! Jom kita buat kat kedai mamak (sebab ada wifi).”

Maka, petang itu, sambil pekena roti Arab, kami bersama-sama menyiapkan video yang diberi judul, “Bini Nak Beranak! Alamak!”

Sampai waktu Maghrib, kami berhenti dan sambung semula mengedit di kedai mamak yang lain di Keramat (sini ada wifi).

Tuan Web tanya, “Kau nak balik bila?”

“Kalau tiket ada malam ni, saya balik malam nilah.”

“Kalau takda?”

“Kalau takda, saya merempatlah kat mana-mana. Haha.”

Hampir pukul 9.00 malam, barulah suntingan video selesai. Terus publish dalam Youtube:

http://www.youtube.com/watch?v=VRJo37Oegl0

Kemudian, Tuan Web pun bergegas menghantar saya ke Puduraya sedangkan dalam hati dok risau, “Ada lagi ka tiket ni?”

Alhamdulillah, mujur ada lagi tiket. Pukul 11.00 malam.

Dalam bas, tidur dengan aman dan damai. Letih yang amat.

Insya-ALlah, jika Allah mengizinkan, kami akan buat bengkel lagi di seluruh negara mulai awal tahun 2014.

Sekiranya anda berminat untuk menyertainya nanti, bolehlah tuliskan nama, alamat dan emel di ruangan komen di bawah.

Jemput SHARE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

7 Responses

  1. Azwanisah says:

    saya berminat untuk menyertai bengkel penulisan novel 2014..sila beri keterangan lanjut.01124160411.terima kasih.

  2. NURUL ELYANA BINTI ABD RAMAN says:

    Saya Nurul Elyana Binti Abd Raman,bercita-cita besar ingin menghasilkan karya berbentuk novel…saya amat berharap agar saya dapat menyertai program ini pada tahun hadapan kerana saya tidak berkesempatan menyertai program terdahulu …besar harapan saya agar yuran penyertaan tidak begitu membebankan kerana saya masih bergelar seorang pelajar. Terima kasih …

  3. Fahana says:

    assalamualaikum
    saya berminat untuk mengeikuti bengkel penulisan novel 2014.
    Fahana recently posted…ringkas shjMy Profile

  4. Hawa says:

    assalamualaikum tuan, saya berminat utk menyertai bengkel penulisan untuk tahun 2015.
    Jika ada di pantai timur terutamanya Pahang/Terengganu mohon maklumkan via emel.terima kasih.
    Hawa recently posted…SabarMy Profile

  5. Alhamdulillah masa tu diberi kesempatan hadir. Saya dan En Khairi antara yg bertanya jalan kpd En Khairy Novelis. Skrg bru tau kenapa kami cari tempat tu x jumpa pada mulanya 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge