Bagaimana Menangani Pemimpin Yang Zalim Menurut al-Quran dan Hadis?

Kembalilah kepada al Qur’an dan al Hadith jika terdapat perbezaaan pendapat,
“Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah kepada Allah (al-Quran) dan rasul-Nya (sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”
[an Nisa:59]
Dalil al Quran mengenai pemimpin yang zalim
Dalil 1
Kaedah al Qur’an menangani pemimpin yang zalim, didahului dengan ayat yang menceritakan bagaimana sezalim-zalim pemimpin, iaitu Fir’aun diturunkan kepada Bani Israil akibat daripada maksiat yang dilakukan oleh orang-orang Bani Israil itu sendiri.
“Dan demikianlah Kami menempatkan orang zalim sebagai wali kepada orang zalim sepertinya, sebagai hasil kerja-kerja yang mereka lakukan.”
[Surah al An`am: 129]
Tafsiran ayat ini adalah,
Apabila rakyat mahu membebaskan diri daripada kezaliman pemerintah mereka maka mereka (rakyat) sendiri hendaklah meninggalkan kezaliman yang sedang mereka lakukan”.
[Syarh al `Aqidati at Tohawiyah, juz 2, hal. 542]
Dalil 2
Kaedah dakwah yang lemah lembut dan bebas daripada caci-mencaci telah diterangkan oleh Allah untuk Nabi Musa dan Nabi Harun ketika mereka mahu berdakwah kepada Fir’aun (sezalim-zalim pemimpin sehingga mengaku dirinya Tuhan).
“Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia ingat atau takut.”
[Toha:44]
Dalam buku tarikh dikisahkan bahwa ada seorang wa’izh ( pemberi nasihat ) datang kepada khalifah Harun al rasyid. Orang itu berkata dengan cara yang sangat kasar. Maka sang khalifah berkata : “Ingatlah bahwa aku tidak lebih buruk daripada Fir’aun dan engkau tidak lebih baik daripada Musa as, sedangkan Allah telah memerintahkan Nabi Musa untuk berkata kepada Fir’aun dengan cara yang lemah lembut”. Kemudian Harun Al Rasyid membaca surah Taha ayat 44 tersebut.
Dalil 3
Allah menyuruh kita,
Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.
[Fushshilat :33-34]
Tolak amal kejahatan dengan sikap yang lebih baik, seperti (menolak) kemarahan dan kejahilan dengan kesabaran, dan membalas dendam dengan memaafkan. Dengan hal itu, mereka yang yang bermusuhan itu akan menjadi seperti kawan baik jika kamu bertindak seperti (cara yang lebih baik) itu.
[Tafsir Al Jalalain]
Dalil 4
Kaedah berhikmah dan pelajaran yang baik,
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.”
[an-Nahl : 125]
Dalil 5
Kaedah agar jangan berkasar dan keras hati,
“Dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu..”
[ali Imran:159]
Dalil al Hadith kaedah menasihati pemimpin Islam yang zalim
Dalil 1
Rasulullah saw bersabda,
“Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin, maka janganlah melakukannya dengan terang-terang (di khalayak ramai di hadapan umum) dan hendaklah dia mengambil tangannya (bersemuka empat mata sahaja). Jika pemimpin mahu mendengar maka itulah yang diinginkan dan jika tidak mahu maka dia telah menunaikan kewajipannya.”
[Bukhari]
Dalil 2
Rasulullah saw bersabda,
“Akan berlaku selepas peninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku, tidak mengikut sunnahku dengan panduan sunnahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya: Apakah harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta-bendamu.”
[HR al Bukhari dan Muslim]
Dalil 3
“Dari Wail r.a. berkata: Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapatmu jika kami mempunyai pemimpin yang menahan hak kami dan mereka meminta hak mereka daripada kami? Baginda menjawab: (Sewajarnya kamu) sentiasa mendengar dan mentaati mereka kerana hanyalah atas mereka apa yang mereka kerjakan dan atas kamu apa yang kamu kerjakan.”
[HR Muslim]
Dalil 4
“Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya akan berlaku selepas peninggalanku sikap pemerintah yang merampas harta kamu dan berbagai-bagai perkara yang kamu ingkari. Para sahabat bertanya: Apakah yang engkau perintahkan pada kami wahai Rasulullah!? Baginda bersabda: Tunaikanlah kewajipan kamu dan berdoalah kepada Allah untuk mendapatkan hakmu.”
[HR al Bukhari dan Muslim]
Dalil 5
“Dengarlah dan taatilah penguasa di waktu susah dan senang, di waktu lapang dan sempit, walaupun mereka mementingkan diri sendiri dan memakan hartamu serta memukul punggungmu, kecuali apabila memerintahkan untuk berbuat maksiat.”
[HR Ibn Hibban, sanadnya hasan]
Dalil 6
“Tidak akan mampu memperbaiki keadaan manusia kecuali penguasa, sama ada penguasa yang baik atau yang jahat. Orang-orang bertanya kepadanya: Wahai Amirul Mukminin! Jika penguasa itu baik, ini wajar ditaati, tetapi bagaimana dengan penguasa yang jahat? Ali berkata: Sesungguhnya Allah menjaga keamanan suatu daerah melalui perantara penguasa walaupun dia jahat.”
[Diriwayatkan oleh al Baihaqi dengan sanad yang sahih]
Dalil 7
Kata-kata Khalifah ar Rasyidin ini disokong oleh sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi:
“Sesungguhnya Allah akan mengukuhkan agama ini (Islam) dengan orang yang jahat.”
[HR al Bukhari]
Rasulullah s.a.w. sudah pun mengetahui bahawa selepas kewafatan baginda, umat Islam akan dipimpin oleh orang-orang yang tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar. Bagaimana kita menghadapinya sudah pun diajarkan caranya oleh baginda dalam banyak hadith-hadith sahih, iaitu dengan membaiki keadaan ummat itu secara keseluruhannya. Daripada rakyat biasa, pertengahan dan peringat atasan.
Dalil 8
Dari Abu Musa r.a. ia berkata :
“Rasulullah saw. setiap kali mengutus seorang dari sahabatnya untuk suatu urusan, beliau bersabda, “Berilah khabar gembira dan jangan membuat orang lari, permudah dan jangan mempersulit”.
[Muslim]
Dalil kaedah para Sahabat menangani pemimpin Islam yang zalim
Kaedah para sahabat menangani permasalahan pemimpin yang zalim dan pembunuh sahabat, iaitu Hajjaj bin Yusuf.
Dalam Shahih Bukhari no. 1660, 1662 dan 1663 disebutkan bahwa sahabat ‘Abdullah bin Umar radhiyallahuannhu pernah salat dengan bermakmum kepada al Hajjaj bin Yusuf ats Tsaqafi. Padahal al Hajjaj adalah seorang yang fasik dan bengis, sementara Abdullah bin Umar radhiyallahuannhu adalah seorang sahabat yang sangat hati – hati dalam menjaga dan mengikuti sunnah Nabi SAW.
Al Hajjaj adalah seorang amir yang zalim, dia menjadi amir di Irak selama 20 tahun dan dialah yang membunuh Abdullah bin Zubair bin ‘Awam di Makkah. Hajjaj mati tahun 95 H (Taqribut Tahdzib no. 1144 dan Tahdzibut Tahdzib II/184-186 oleh al Hafizh Ibnu Hajar al Asqalany)
Demikian juga yang dilakukan oleh sahabat Anas bin Malik radhiyallahuannhu yang juga bermakmum kepada al Hajjaj bin Yusuf.
Dari as-Sahmi berkata: Aku mendatangi Abu Ummah, lantas dia berkata: “Janganlah kamu menghina al-Hajjaj, kerana dia adalah penguasamu dan bukan penguasaku.” (Perkataan beliau: Dia bukan penguasaku, kerana Abu Ummah tinggal di Syam sedangkan al-Hajjaj Gabenor di wilayah Iraq.)  [HR Bukhari]
Dari Ziyad bin Kusaib al-Adawi dia berkata: Aku pernah berada di bawah mimbar Ibnu Amir bersama Abi Bakrah, ketika itu dia berkhutbah dengan mengenakan pakaian yang sangat tipis, dengan sepontan Abu Bilal berkata: Lihatlah penguasa kita memakai pakaian orang fasik. Maka Abu Bakrah berkata: Diamlah engkau! Saya telah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Barangsiapa menghina penguasa Allah di bumi, nescaya Allah akan menghinakannya”. [HR Tirmidzi]
Para-para sahabat ra yang mulia ini cuba menghalang wujudnya fitnah sesama ummat Islam lebih daripada kepentingan diri mereka sendiri, di samping menegur dengan berhemah terhadap pemimpin yang zalim dan bersabar menanggung ujian tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

19 Responses

1. Abu Nafis says:

Dalam Fadhail Amal ada menceritakan kisah sahabat Nabi yg menentang Hajaj iaitu Abdullah ibnu Zubair. Tak lupa juga cucu Nabi Muhammad SAW, Saidina Hussin bin Ali yg bangun menentang pemerintah begitu juga Said bin Jubair hmmmmmm……

2. Abu Nafis says:

Hak teguran ini digalakkan begitu hebat di zaman Khalifah Islam yang pertama Abu Bakar As-Siddiq dimana beliau menyatakan dalam ucapannya yang mashyur[14]:

وليت عليكم ولست بخيركم فإن أحسنت فأعينوني و…أطيعوني ما أطعت الله ورسوله فإذا عصيت الله فلا طاعة لي عليكم

Mafhum : “Sesungguhnya aku hanya dilantik dr klgn kamu, bukanlah aku yang terbaik dr kamu, kiranya aku berada di

3. Abu Nafis says:

Rasulullah SAW juga telah menyatakan keharusan merebut kekuasan dari pimpinan sebagaimana hadithnya :

دخلنا على عبادة بن الصامت وهو مريض قلنا أصلحك الله حدث بحديث ينفعك الله به سمعته من النبي صلى الله عليه وسلم قال دعانا النبي صلى الله عليه وسلم فبايعناه فقال فيما أخذ علينا أن بايعنا على السمع والطاعة في منشطنا ومكرهنا وعسرنا ويسرنا وأثرة علينا وأن لا ننازع الأمر أهله إلا أن ترو كفرا

4. Ya. Saya suka dengan hujah-hujah tuan itu. Meskipun begitu, lihatlah kepada realiti negara dan pemimpin sekarang ini. Adakah mereka sezalim Hajjaj as-Saqafi? Jika sezalim Hajjaj as-Saqafi pun, belum ada saya dengar ulama yang 'mengkafirkan'nya…Dan jangan lupa, di sebalik kezalimannya, dia juga berjasa pd agama iaitu meletakkan TANDA BACA dalam al-Quran…sampai sekarang, kita boleh baca

5. ibnuishak says:

Kagum dengan post saudara..
Indah sungguh ajaran agama Islam, membaca dalil2 kat atas membuatkan rasa rindu pada Rasulullah makin mendalam..

6. tmalya says:

The Dua which was revealed For Seeking Forgiveness for Hazrat Yusuf’s (Alaihis Salaam) Brothers
My friends! I was saying that Hazrat Ya’qoub (Alaihis Salaam) made dua for 20 years to Allah Ta'ala to forgive his sons. Since they were after all his children, he made dua with great feeling and love. “O Allah! My son Yusuf (Alaihis Salaam) has forgiven his brothers who oppressed him. You

7. Terima kasih telah posting tafsir ayat yang bermanfaat ini..

8. Terima kasih atas postingannya yg bermanfaat..

9. Anonymous says:

Saya ingin bertanya pada saudar khairy berkaitan dgn isu semasa… Contohlah skrg… Di syria… Basyar asad telah mngaku tuhan dn membunuh sesiapa yg tdk bersujud ke atas gmbrnya… Lalu wujud pemberontakan dan perang (secara ringkas)…. Apakah pemberontakan dn perang salah??? Saya bersetuju dgn pendapat tntg kita wajib taat amir… Tpi adakah tiada hak langsung rakyat terhadap

10. Saya menjawab seperti mana yang dijawab oleh Asy-Syahid Dr Ramadhan al-Buty.

Beliau menasihati rakyat agar tidak menentang kerajaan kerana musibah yang datang lebih teruk.

Tapi, apabila rakyat bangun menentang, lebih banyak pertumpahan darah yang berlaku.

Di sini, memang betul pemimpin tu zalim tetapi mudarat yang datang itu lebih besar kerana berlakunya

11. abu bakar says:

memang salah menentang kerajaan, apakah hussin menentang kerajaan dengan tujuan yg jelas, sebab nabi sendiri menyebutkan kesyahidan ketua pemuda syurga ini dan tentang kedudukannya yang kontroversi antara sunni dan syiah, tentang said b jubir beliau merupakan seorang tokoh yang hebat tetapi kaum sunni jarang membincangkan mungkin kerana beliau seorang syiah- beliau menjadi punca kematian

12. Anonymous says:

menentang hukum Allah lagi besar dosanya lagi hebat bala dari Allah semua kena.pemimpin boleh ditukar

13. Assalamualaikum wr wbt. Tahniah & Syabas kepada pengendali blok ini. Melalui bacaan saya di blok saudara, saya puas hati kerana telah mendapat jawapan untuk diri sendiri yg dhaif ini. Islam dah ajar kita untuk taat kpd pemimpin n menyeru mereka dengan baik n hikmah agar mahu kembali ke pangkal jalan bila tersasar. Namun, bolehkan saudara berikan dalil (dari Al-Quran n Al-Hadis) yang menyeru/membolehkan/membenarkan kita menentang pemimpin/penguasa ISLAM yang dianggap zalim (jika ada)?. Trm kasih. wsslm

14. Nik Azman says:

Inilah hujah yang digunakan dalam kitab muniyatul musolli. Jarang yang dapat faham dan ramai yang tidak terima sedangkan ini tuntutan syarak.
Bagaimana pula kita tentang dalam pilihanraya?
Semasa pilihanraya, kita tidak ada pemimpin kerana semua pemimpin meletak jawatan. Lagipun kaedah pilihanraya adalah bukan kaedah yang menggunakan kekerasan. Sebab itu, janganlah bertindak melakukan demontrasi bertujuan menjatuhkan kerajaan kerana mudhorat itu lebih besar dan yang lebih penting, ianya diharamkan dalam Islam walau siapapun kita dan siapapun pemimpin kita.

15. Bulan Purnama says:

KEWAJIBAN MENENTANG KERAJAAN YANG ZALIM

وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
(Al-Maaidah 5:45)

Abdullah Ibnu ‘Abbas berkata bahwa Rasulullah S.A.W. bersabda;

“Akan ada penguasa yang kamu kenal daripada mereka yang baik dan jahat. Sesiapa saja yang menentangnya akan selamat. Sesiapa yang berlepas dirinya akan selamat. Dan sesiapa yang bersama dengan mereka akan binasa.”
(Dikoleksi oleh Ibnu Abi Syaibah dan At-Tabarani; Al-AlBany dalam “Shahih Al-Jaami’”, Hadits No. 3661)

Rasulullah S.A.W. juga bersabda:

“Jika kamu melihat umatku takut untuk menyatakan kepada si penzalim: Wahai penzalim! Maka mereka sebenarnya telah ditinggalkan (Allah).”
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad Hanbal bin di dalam Musnad-nya melalui Abdullah bin Amru)

16. Bulan Purnama says:

Dari Abu Umamah r.a bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Pada akhir zaman, akan ada orang yang membawa cambuk seperti ekor lembu. Mereka pergi pada pagi hari dalam kemurkaan Allah dan kembali pada petang hari dalam kemarahan Allah.” (HR. Al- Albaniy)

Bukankah alat untuk sebatan mengikut hukum sivil menyerupai ekor lembu???

Wallahua’lam.

17. Jabir bin Abdullah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Ka’ab bin Ujrah:

أَعَاذَكَ اللَّهُ مِنْ إِمَارَةِ السُّفَهَاءِ. قَالَ َمَا إِمَارَةُ السُّفَهَاءِ قَالَ أُمَرَاءُ يَكُونُونَ بَعْدِى لاَ يَقْتَدُونَ بِهَدْيِى وَلاَ يَسْتَنُّونَ بِسُنَّتِى فَمَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَأُولَئِكَ لَيْسُوا مِنِّى وَلَسْتُ مِنْهُمْ وَلاَ يَرِدُوا عَلَىَّ حَوْضِى وَمَنْ لَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَلَمْ يُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَأُولَئِكَ مِنِّى وَأَنَا مِنْهُمْ وَسَيَرِدُوا عَلَىَّ حَوْضِى

“Semoga Allah melindungimu dari pemerintahan orang-orang bodoh.” Ka’ab bertanya, “Apa pemerintahan orang-orang bodoh itu?” Rasulullah bersabda: “Pemimpin-pemimpin setelahku yang tidak mau mengambil petunjukku dan tidak mengikuti sunnahku. Siapa yang membenarkan kebohongan mereka dan membantu kezaliman mereka, maka mereka tidak termasuk golonganku dan aku bukan bagian dari mereka serta mereka tidak akan datang ke telagaku” (HR. Ahmad dan Al Hakim; shahih lighairihi)

Leave a Reply to abu bakar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge