APAKAH HUKUM BERAMAL DENGAN HADIS DHAIF?

In coming ... Miftahul Ulum Hulu Langat

In coming …
Miftahul Ulum Hulu Langat

 

Sebelum kita lihat hukum perlu kita lihat dulu syarat-syarat beramal dengan hadis dhaif..
وقال السخاوى في القول البديع (ص٢٥٨) سمعت شيخنا يعني الحافظ ابن حجر مرارا، و كتب لي بخطه ان شرائط العمل با الضعيف ثلاثة:
(١) ان يكون الضعف غير شديد….
(٢) ان يكون مندرجا تحت اصل عام…
(٣) ان لا يعتقد عند العمل به ثبوته لئلا ينسب الى النبى صلى الله عليه و سلم ما لم يقله….

Jadi syarat ketiga menyebut bahawasanya tidak beriktiqad ketika mengamalkannya pensabitannya (drp Nabi saw) supaya tidak menisbatkan kpd Nabi saw apa yang tidak disabda oleh Baginda saw…
Jadi kita nampak ulamak meletakkan syarat ini sebagai langkah ihtiyaat (berjaga-jaga).
Tinggal lagi ada dikalangan ulamak termasuk Allamah Syamsuddin Al Ramli rh.a dan selainnya telah menimbulkan isykal terhadap syarat ini..Isykalnya:
Kalau tidak beriktiqad subut (terhadap hadis itu) bagaimana mungkin boleh beramal dengannya? Ini kerana mengamalkan sesuatu hadis drpd sesuatu riwayat merupakan cawangan kepada kepercayaan subut kpd hadis itu..
Dengan kata lain kita mengamalkan sesuatu hadis kerana kita yakin dengan pensabitan hadis tersebut..
Maulana Yunus Jounpuri Hafizahullah Taala menjawab bhw sepertimana amal itu adalah cawangan kepada subut begitu juga ianya boleh jadi cawangan kpd ihtimal (berkemungkinan) subut (sabit).
Ini kerana dalam kes kita beramal sesuatu hadis yang admi subut (tidak sabit dari Baginda saw) bahayanya seolah2 kita menambah satu bentuk baru dalam syariat yang merupakan bid’ah.
Akan tetapi dalam kes kita beramal hadis itu dalam masa yang sama kita beriktiqad ihtimal subut dan bukannya subut jazam maka kita terlepas daripada bahaya itu..
Lagi pula telah diletakkan syarat no 2 untuk beramal dengan hadis dhaif adalah hadis itu termasuk di bawah Asal yang am…
Sebagai contoh nya kalau kita anggap bahawa hadis “barangsiapa yang solat dengan bersugi gigi akan mendapat pahala 70 kali ganda drpd solat tanpa bersugi.(klu kita anggap dhaif) namun hadis ini berada dibawah pensabitannya yang asal dan am iaitu  Hadis yang masyhur…
لو لا اشق على أمتى لأمرتهم
بالسواك عند لكل الصلاة او نحوه
(Kalau tidak kerana akan menyusahkan umatku nescaya akan ku perintahkan untuk bersugi pada setiap kali solat….Al Hadis)
Khulasahnya…
(1) perlu diingat maksud boleh beramal disisi jumhur hanyalah beramal di dalam perkara fadhail amal, targhib wa tarhib..
(2) Ulama meletakkan syarat tidak beriktiqad pensabitannya drp Nabi saw itu adalah tidak beriktiqad secara jazam dan itu langkah berjaga-jaga semata2 untuk mengelakkan drp menisbat sesuatu kpd Nabi saw secara jazam apa yang tidak datang drp Nabi saw..
(3) Namun tidak mengapa sekiranya kita beriktiqad subut (pensabitan) secara ihtimal (berkemungkinan). Sebab itulah ulamak menetapkan usul untuk meriwayatkan hadis dhoif mestilah menggunakan sighah tamriz (sighah  قيل و روي) dan sbgainya dan bukan dengan sighah jazam (قال و روى)…sebenarnya ingin mengisyarahkan kpd ihtimal subut ini..
(4) Ulamak telah meletakkan syarat nombor dua bhw mestilah hadis itu berada dibawah asal am…jadi ketika beramal nisbat dan pensabitan secara jazam mesti dilakukan kepada hadis asal yang am itu…
والله اعلم بالصواب….

Ditulis oleh:

Ustaz Wan Abu Laibah, Miftahul Ulum Hulu Langat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge