ANEKDOT: PERANGAI ORANG KITA

“Eh, kenapa kau buang sampah tu kat tepi-tepi jalan ni? Tong sampah ada taknak guna,” marah Daim.

“Takpe, nanti tukang sapu sampah akan datang sapu. Memang kerja dia kan? Kalau takda sampah, nanti dia takde kerja pulak. Hahaha!”

Pardi menghidupkan enjin motosikalnya. Daim menghidupkan enjin motosikal Daim. Mereka berdua kemudian meneruskan perjalanan ke rumah Shasha.

Sampai di suatu tempat, kelihatan polis sedang membuat sekatan jalan raya. Daim dan Pardi ditahan. Pihak polis meminta mereka mengemukakan lesen dan IC.

“Err… maaf, encik. Saya lupa yang lampu motor saya ni rosak. Saya memang on the way nak pergi _ tukar lampu ni. Tolong jangan saman saya, encik,” rayu Pardi.

Pegawai polis tersebut tidak mengendahkan rayuan Pardi lalu mengeluarkan notis saman. Kemudian, mereka pun bersurai. Tatkala sudah jauh dari pihak polis, Pardi pun merungut. “Aduh… polis ni pun takda kerja lain. Asyik nak menyaman orang ja! Haish!”

“Eh, dah memang kerja dia kan? Kalau takda orang nak kena saman, nanti kau cakap dia tak buat kerja pulak.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge