Amy Search Buka Sekolah Tahfiz – Pheeeewwwwit!

Amy Buka Tahfiz

Sumber Gambar: Sinar Harian

Kagum saya melihat ramai artis yang sudah memikirkan bekalan mereka untuk kehidupan di akhirat. Amy Search, siapa tak kenal? Seorang ikon rockers tanahair. Siapa sangka beliau akan berhijrah? Semua ini hidayat daripada Allah SWT. Kita sebagai manusia biasa sedikit pun tidak dapat mengubah hati manusia, bahkan Allah SWT-lah penentu segalanya.

GOLONGAN artis seharusnya mencontohi sikap penyanyi kumpulan Search, Suhaimi  Abdul Rahman atau Amy kerana berjaya mendirikan dan mendaftarkan sebuah sekolah tahfiz, Sekolah Al-Quran dan Hadis Al-Bayan di Sungai Buloh. Pujian patut diberikan kepada penyanyi berkenaan kerana berjaya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat umum.

“Amy adalah artis kedua yang mohon mendirikan sekolah agama swasta selepas Azmil Mustapha, tetapi beliau menjadi artis pertama yang diluluskan permohonannya dan berjaya mendaftarkan sekolahnya,” kata Penolong Pengarah Kanan Unit Pengurusan Sekolah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Dr. Mohd Kamal Radiman ketika sidang media Program Kebenaran Pendaftaran Pusat Tahfiz di Bangunan Jais.

Amy berkata, beliau gembira kerana berjaya menubuhkan sebuah sekolah tahfiz yang diimpikan selama ini. Menurutnya, sekolah tahfiz itu adalah satu daripada dua sumbangan penting yang mahu ditinggalkannya di dunia selain bakat nyanyian.

“Saya ini penyanyi dan saya mahukan sesuatu yang mampu memberi faedah pada orang ramai. Siapa tahu, peminat saya juga akan menghantar anak mereka di sekolah ini nanti,” katanya.

Sekolah Al-Quran dan Hadis Al-Bayan dibuka secara rasmi pada Disember tahun lalu dengan jumlah pelajar lelaki seramai 16 orang. Sekolah yang terletak di Saujana Utama ini menekankan sepenuhnya pendidikan berteraskan agama yang bertujuan melahirkan hafiz berkualiti. Menurut Amy, sekolah ini akan memainkan peranan sebagai taman ilmu yang bukan sahaja mengajar tetapi turut menyampaikan sahsiah dan pekerti yang mulia.

Selain Amy, penulis juga mendengar khabar angin mengatakan bahawa Iwan Shahman (ex-dangdut) turut membuka sekolah tahfiz. Manakala, Ali XPDC@Terra Rossa telah menghantar anaknya ke sebuah sekolah tahfiz di Pulau Pinang. Nama-nama yang saya sebutkan ini juga kelihatan aktif dalam kerja-kerja keagamaan.

Ali

Saya juga difahamkan, Johan Asa’ari (Botak dalam drama Juvana) merupakan seorang lepasan tahfiz dan beliau kini sedang khuruj di India, Pakistan dan Bangladesh untuk tempoh empat bulan.

johanasarisarban

johan 2_2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge