Amalan Rosak Kerana Niat

Daripada Sayidina Umar r.a., Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat. Amalan setiap seseorang itu berdasarkan pada apa yang diniatkan …” (Bukhari dan Muslim) Hadis ini dituturkan kerana Baginda mahu menegur seorang lelaki yang digelari sebagai ‘Muhajir Ummu Qais’. Lelaki itu berhijrah ke Madinah, bukan kerana Allah dan Rasul tetapi kerana menyahut cinta Ummu Qais.
Niat merupakan 1/3 daripada ilmu agama selain lisan dan anggota.  Sahl bin Abdullah r.a. pernah ditanya, “Apakah perkara yang paling berat bagi nafsu?”
Jawabnya, “Mengikhlaskan amalan.”
Para ulama menunjukkan cara untuk kita memeriksa keikhlasan kita. Antara tanda-tanda kita tidak ikhlas adalah apabila kita berjaya lakukan sesuatu, kita akan kata, “Aku yang buat.” Namun, jika kita gagal, mudah-mudah saja kita kata, “Nak buat macam mana, Allah tidak izin.”
Orang arif berkata, “Seseorang yang mahukan pujian manusia, dia tidak akan dapat kemanisan iman.”
Hari ini, sudah berapa banyak amalan kita rosak hanya disebabkan oleh riyak, ujub, takbur, kibir? Semua orang mesti risau.
(Nota kuliah: Ustaz Ahmad Abdullah, Masjid al-Muttaqin, Jitra, Kedah – 7/10/2012)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge