Amalan Bersugi (Bersiwak) Menggerunkan Musuh

Gambar kartun lucu 16

Pada kurun ke-8 Hijrah iaitu ketika zaman Bani Abbasiah, orang Islam ketika itu sedang berdakwah di Samarkand (ibu Negara Uzbekistan). Pada waktu itu, tentera Islam telah berjaya membuka negara-negara yang bersempadan dengan Samarkand yang berhampiran dengan China.

Suatu ketika, mereka tidak dapat menembusi sebuah benteng. Tentera-tentera musuh berdiri di sepanjang pintu dan dinding kota. Tiada siapa boleh keluar dan masuk. Mereka bagaikan sebuah dinding yang tidak dapat dirobohkan. Akibatnya, peperangan berlanjutan. Tiada siapa yang kalah atau menang.

Maka, panglima perang Islam melalukan ‘post-mortem’. Perkara pertama yang ditanya ialah, “Adakah sesiapa dalam kalangan kamu yang tidak menunaikan solat?”

Mereka menjawab, “Tidak.”

“Adakah sesiapa yang meninggalkan satu daripada sunnah Nabi SAW?” soalnya lagi.

Mereka terdiam. Setelah berfikir dan bertanya sesama sendiri, barulah mereka sedar bahawa mereka meninggalkan amalan bersiwak ketika berwuduk dan solat. Lantas, mereka memanjat pokok kurma dan mengambil batangnya untuk dibuat kayu sugi. Setelah itu, azan dilaungkan. Maka, mereka pun segera bersiwak sebelum berwuduk untuk menunaikan solat.

Tatkala itu, seorang pengintip masuk ke khemah orang Islam untuk mengintip. Dia menjadi gementar melihat orang Islam sedang bersiwak. Lalu. Dia pun pulang memberitahu kaumnya, “Sesungguhnya musuh kita bukan sembarangan manusia. Mereka sedang mengasah gigi mereka dengan kayu untuk meratah kita seorang demi seorang. Bersedialah kamu semua untuk diratah oleh mereka.”

Kaumnya percaya. Mereka menjadi gerun lalu mengundurkan diri. Maka, orang Islam berjaya menawan negeri itu dengan mudah dan ramai yang memeluk Islam. Penduduk kota itu, setelah memeluk Islam, menjadikan siwak sebagai satu amalan yang tidak ditinggalkan. Mereka ketawa mengenangkan ketakutan mereka kepada siwak. Mereka berkata, “Kami dikurniakan Islam dengan berkat sunnah bersiwak. Maka, hidupkanlah kami ya Allah dalam agama Islam dan dalam keadaan sentiasa melazimi sunnah.”

 

Sumber: Qasas as-Solihin, Syeikh Hamed Ahmad Tahir

 

Iktibar:

  1. Dalam sunnah Nabi, ada kejayaan.
  2. Amal sunnah Nabi, Allah beri bantuan.
  3. Tinggalkan sunnah Nabi, tiada bantuan daripada Allah.

~JOM KITA SHARE~

***

Dapatkan banyak lagi kisah teladan di sini. Harga semua buku di bawah ialah RM 172, tetapi jika anda beli semuanya, saya beri harga RM 150 dan penghantaran PERCUMA!

Sila Whatsapp @ SMS 019-4702839 : “SAYA NAK PAKEJ 15”

Asuh Pakej 15

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge