3 Jarum Yang Mencucuk Umat Islam

1. JARUM DALAM ILMU:


Memesongkan niat menuntut ilmu dan mentafsirkan ilmu dengan perkara yang tidak selari dengan tuntutan Allah dan Rasul. Hari ini, umat Islam menuntut ilmu kerana mahu mendapatkan kerja. Cuba tanya pelajar-pelajar, mengapa mereka masuk ke universiti? Pada masa yang sama, kita telah tersalah faham sehinggga menganggap SEMUA maklumat dan kemahiran sebagai ILMU. Padahal, tujuan ILMU yang sebenar ialah untuk kita mengetahui apakah perintah dan larangan Allah dan bagaimana untuk mentaati setiap perintah dan larangan itu mengikut cara yang ditunjukkan oleh Nabi SAW. Sekiranya umat tersalah faham mengenai maksud ilmu, maka mereka akan belajar perkara-perkara yang tidak disuruh dan kemudian berasa diri telah menjadi ALIM. Lihatlah saja hari ini berapa ramai orang yang mentafsirkan Al-Quran dan hadis mengikut akal sendiri tanpa dirujuk kepada ulama yang layak.

  
Umat sudah keliru antara KEJAYAAN dan PENCAPAIAN … Ini bukan KEJAYAAN tetapi sekadar PENCAPAIAN ! 

Perhatian! Saya tidak menyuruh anda berhenti belajar tetapi betukanlah niat anda ketika belajar. Sepertimana anda bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang jurutera dunia, anda juga perlu berfikir untuk menjadi jurutera akhirat – siapkan mahligai di sana!

2. JARUM DALAM POLITIK:



Sejak runtuhnya khilafah Uthmaniah, setiap negara dalam dunia ini melantik pemimpin berdasarkan demokrasi Abrahamn Lincon. Sistem ini telah menyebabkan umat Islam berpecah-belah hanya kerana berbeza parti. Hingga sampai ke satu tahap, parti telah dijadikan mazhab dan setiap fikir, tindakan, matlamat semuanya berpaksikan kepada parti. Apatah lagi apabila menggunakan agama untuk kepentingan politik dan menjadikan hujah-hujah agama untuk menegakkan benang yang basah. Lihat saja di negara kita, masjid menjadi kosong kerana imam berbeza pati dengan makmum. Mereka menganggap imam tersebut telah fasik dan kufur kerana menyokong parti lain. Apabila ada orang yang mahu menyatukan umat Islam, maka orang itu akan dicerca kerana dituduh menjadi tali barut kepada parti yang satu lagi. Maka, syaitan dan agen-agen Dajjal tidak perlu lagi berperang dengan umat Islam kerana umat Islam sendiri telah berperang sesama sendiri.

“Hahaha! Kamu semua bodoh! Menang sorak kampung tergadai!”

3. JARUM DALAM PEKERJAAN:


Pengikut-pengikut syaitan telah menanamkan rasa cinta terhadap karier sehingga umat Islam bermegah dengan pekerjaan mereka. Mereka bangga dengan jawatan, pangkat, status ekonomi dan terlupa TUGAS sebenar umat Islam. Manusia sibuk cari duit dari pagi sehingga ke petang hanya untuk kehidupan yang sementara. Saya bukan bermaksud untuk menyuruh anda semua berhenti kerja tetapi di samping anda bekerja untuk dunia, bekerjalah juga untuk akhirat.Tahukah anda apakah kerja sebenar kita? Jawablah sendiri.

”Apabila umatku mengagung-agungkan DUNIA, maka akan tercabutlah kehebatan Islam daripada diri mereka. Apabila umatku meninggalkan amar makruf nahi mungkar, maka akan tercabutlah keberkatan wahyu. Apabila umatku caci-mencaci sesama sendiri, maka mereka akan terhindar daripada rahmat Allah.” – Hadis Nabi SAW
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge